Sunday, March 19, 2017

Peak Garden Setia Alam Hiking Trail



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka di tengah kesibukan bandar Shah Alam terdapat trek pendakian yang dinamakan sebagai Peak Garden Community Trail. Trek ini terletak bersebelahan dengan Setia Eco Park.

Lokasi Peak Garden Community Trail berdekatan dengan Setia Eco Park, Setia Alam
Bersebelahan dengan Setia Eco Park, anda dapat melihat ada tangki air dan kawasan lapang, di situ adalah trek permulaan menuju ke Peak Garden.




Terdapat sebuah tasik pada permulaan trek, airnya biru kehijauan nampak seperti tasik di Tadom Hill, Banting. Ada sekumpulan kanak2 sedang bermain air di situ. Ramai juga yang mendaki di sini pada hujung minggu, jadi jika anda tidak tahu nak lalu trek mana boleh la bertanya pada pendaki2 disitu, malu bertanya sesat jalan tau...


Trek pendakian agak terbuka kerana sudah ramai yang lalu di sini, kelihatan juga ada yang berlari seolah2 berlari di trek landai.


Trek agak landai pada 20 minit pertama, kemudian trek mulai sedikit mencungak sehingga tiba di puncak.





Akhirnya kami tiba di puncak Peak Garden, di atas puncak ini dapat dilihat pemandangan Puncak Perdana, Shah Alam dan Damansara.



Ramai juga pendaki2 di atas puncak Peak Garden ni, kebanyakannya adalah penduduk setempat dan ada juga yang datang dari jauh. Selesai bergambar, makan2 sikit kami pun turun untuk pulang ke rumah...

1 comment: