Saturday, March 4, 2017

Rekreasi Santai Bukit Saga & Air Terjun


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Kali ini saya nak berkongsi tentang pendakian Bukit Saga yang terletak di pinggir pekan Ampang, Selangor. Bukit Saga berketinggian 581 m mengambil masa selama 40 minit untuk tiba di puncak.


Trek permulaan Bukit Saga terletak di Taman Saga, Ampang. Di sini anda  dapat melihat banyak lori, kabin dan jentera berat, kerana trek ke Bukit Saga akan melalui kawasan pembinaan terlebih dahulu. Trek pada mulanya landai ketika melalui trek lori balak, kemudian terus mencungak hingga ke puncak dalam 40 minit.


Kemudian kami selamat tiba di puncak Bukit Saga dan berehat seketika. Untuk menuju ke waterfall daripada puncak Bukit Saga mengambil masa 1 jam 30 minit. Trek untuk ke waterfall banyak menaik dan menurun. Ada signboard dan anak panah pada batang pokok berhampiran setiap simpang menuju ke waterfall. Perlu berhati2 juga untuk menuruni trek yang curam kerana trek agak licin mungkin disebabkan oleh hujan lebat terutama sekali pada waktu petang hampir setiap hari.


Setelah tiba di waterfall, kami membentangkan ground untuk makan dan minum sebelum membasahkan badan,hehe...


Air terjun Bukit Saga ini popular kerana keunikannya di mana air mengalir melalui tebing batu membentuk air terjun.


Selesai bermandi manda dan berselfie, kami mengemaskan barang masing2 dan berangkat untuk pulang. Kali ini kami melalui trek yang berlainan iaitu melalui Saga Hill Top Rest Area.


Saga Rest Area ini terdapat kemudahan istirahat dan beriadah yang disediakan seperti buaian, papan gelongsor dan banyak lagi. Kemudian kami bergerak menuju ke parkir kereta, trek menurun sehingga ke tempat parkir kenderaan.

Bukit Saga ini lebih sesuai untuk dijadikan trek kecergasan atau trek latihan untuk mereka yang baru mahu menjinakkan diri dengan dunia pendakian seperti saya.

No comments:

Post a Comment