Assalamualaikum & salam sejahtera. Bukit Broga (400m) & Gunung Tok Wan (675m) terletak di Semenyih, Selangor. Bukit Broga merupakan tempat pendakian yang sangat popular dalam kalangan pendaki2 di Malaysia kerana ia sangat mudah didaki & mempunyai 'view' yang cantik.
25 Feb 2017....Pendakian kami bermula pada jam 3.00 pagi dengan menyelusuri ladang sawit dan terdapat gerai minuman pada permulaan trek. Trek lama ditutup untuk tujuan pembaikan, jadi kami melalui trek baharu yang sedikit jauh jaraknya.
Selepas melepasi pintu gerbang ini, bermulalah trek untuk ke puncak Broga yang mengambil masa 30 minit.
Semakin hampir ke puncak, trek menjadi lebih curam iaitu sebanyak 60 darjah. Kelihatan trek ini agak merbahaya juga untuk dilalui pada waktu hujan kerana ia menjadi laluan air. Kami selamat tiba di view point Broga pada jam 3.40 dan bermalam di situ.
Pada jam 6.30 pagi kami bangun untuk bersiap menuju ke Gunung Tok Wan. Kelihatan semakin ramai pengunjung membanjiri puncak untuk melihat pemandangan pagi.
Selepas bersiap kami bergerak menuju ke Gunung Tok Wan yang akan melalui puncak sebenar Broga terlebih dahulu. Agak malang juga nasib kami kerana telah tersasar jauh masuk ke ladang getah,haha..jadi kami dengan relahati berpatah balik ke puncak sebenar Broga.
Dalam gambar tu adalah trek menuju ke Gunung Tok Wan, laluannya kelihatan bersemak tapi ada 'tagging' yang diikat pada pokok berhampiran. Untuk ke puncak Tok Wan ia mengambil masa 2 jam.
Trek menuju ke puncak Tok Wan agak santai pada permulaannya,kemudian akan melalui beberapa puncak tipu menyebabkan trek menaik dan menurun sehingga tiba di Puncak Tok Wan.
Pada jam 12.30 tghhari kami tiba di puncak Gunung Tok Wan. Di puncak ini juga terdapat trek menuju ke Puncak 18, namun ia mengambil masa 2 jam untuk tiba, jadi kami sekadar berehat di puncak Tok Wan sahaja.
Selesai mentekedarah maggi dan balun ayaq kopi, kami membuta buat seketika...Pada jam 2.30 ptg kami bersiap untuk pulang. 2 jam kemudian kami tiba semula di Puncak Broga, pemandangan begitu awesome pada tengahhari kerana langit membiru dan awan gemawan berarak bagai selendang berterbangan di udara...
Kelihatan awan mulai mendung, jadi kami bergerak terus ke parkir kereta...Kelihatan ada sekumpulan pendaki yang lain turut seiring.
Sambil menyelam sambil minum air..Begitulah juga kami yang bergerak menuruni puncak Broga sambil menikmati keindahan alam. Hasrat kami ingin menjamah air kelapa di sebuah gerai berhampiran parkir, namun apa daya ia telah tutup..huhu...
Tiba di parkir kami bersiap, menukar baju dan bergerak pulang menuju destinasi masing2...sekian...
Kesimpulan pendakian Broga-Tok Wan.
Parkir ladang sawit - pintu gerbang - laluan baru bertangga - view point 1 - view point 2 - puncak Broga (400m) - Gunung Tok Wan.
Disunting oleh : Nazmi
Jurugambar : Freddy & Mat
banyak pacat tak? antara broga ke tok wan?
ReplyDelete