Jam 8.00 pagi kami berkumpul di hadapan Kem Sungai Congkak untuk menguruskan pembayaran permit. Untuk ke trek permulaan, saya dan beberapa orang yang lain berjalan kaki sejauh 1 km ke dalam Hutan Lipur Sungai Congkak.
Akhirnya kami semua tiba di trek permulaan Bukit Chenuang, seperti biasa guider akan memberi taklimat dan seterusnya kami membuat sesi perkenalan dan warming up.
Setelah selesai sesi warming up, kami memulakan pendakian menuju ke puncak Bukit Chenuang. Trek agak santai pada 30 minit permulaan kerana sedikit menaik dan tidak licin.
Selepas itu, kami berehat sebentar di sebatang sungai kecil bagi menunggu kawan2 yang berada di belakang.
Kemudian kami meneruskan perjalanan melalui tepi sungai tersebut sehingga bertemu dengan trek menuju ke puncak Chenuang. Kali ini trek sudah mula mencungak dan sedikit licin juga. Kelihatan trek ini juga baru kerana tidak ramai yang melaluinya.
Kemudian kami berehat sebentar duduk di atas sebatang pokok sambil bersembang2, maklumlah trip santai katakan.
Setelah sembang dan selfie sebentar, kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak. Kali ini trek lebih mencabar kerana bukan sekadar mencungak, kami juga perlu merangkak di bawah rimbunan buluh yang tumbang.
Maklumlah trek yang jarang diketahui orang, macam ni lah gayanya,haha...Kemudian selepas mengharungi rintangan pokok buluh, trek terus mencungak sehingga ke puncak. Setelah 2 jam pendakian daripada trek mula, akhirnya kami tiba di puncak Bukit Chenuang.
Di sini hanya ada beirut, view agak terhad kerana dilindungi oleh pokok2 yang mengelilingi puncak di tambah lagi suasana agak berkabus. Selepas makan2, sembang2 dan berselfie, kami pun turun ke bawah kerana kelihatan langit mendung. Setelah sampai di tempat berkumpul, saya rasa seronok pula melihat deruan air Sungai Congkak. Apa lagi, saya pun terjun lah,haha...mandiiii
Air Sungai Congkak kelihatan bersih dan segar di sini, mungkin tidak ramai yang datang untuk mandi di hujung sini, orang lebih memilih untuk mandi berdekatan pintu masuk kem. Ada beberapa keluarga bercamping tepi sungai sambil memasak BBQ.Ok, Nak mintak sikit bole,hehe..
OK.Itu sahaja cerita mengenai trip Bukit Chenuang kali ini.Nantikan episod akan datang pula,haha...
Salam.. nak tanya.. boleh ke masuk & dapatkan permit tanpa ikut mana2 group hiking?? kiranya mcm nak pergi ngan kwn2 jer.. or masuk berdua dgn kwn jer tanpa hiking guide.. tqq..
ReplyDeleteSalam.. nak tanya.. boleh ke masuk & dapatkan permit tanpa ikut mana2 group hiking?? kiranya mcm nak pergi ngan kwn2 jer.. or masuk berdua dgn kwn jer tanpa hiking guide.. tqq..
ReplyDeleteBoleh, tapi better ada guide sbb trek dia keliru jgk, sorry lambat hehe
Deletesorry nak tanya laluan masuk untuk ke bukit chenuang ni sebelah mana ya..kongsi info boleh tq..
ReplyDelete