Wednesday, February 15, 2017

Ekspedisi Pendakian Trans Jerging,Cameron Highlands.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... kepada anda yang singgah ke blog saya. Kali ini saya akan menceritakan tentang xpdc pendakian Trans Jerging yang melibatkan 4 gunung iaitu Gunung Suku, Irau, Yellow dan Pass. Trans Jerging ini terletak di sempadan antara Simpang Pulai dan Cameron Highland di mana permulaan trek terletak hanya bersebelahan dengan Lebuhraya Timur Barat 2.

Pada 7 Oct 2016 kami bertolak daripada Shah Alam pada pukul 12.00 dan sampai di trek permulaan pendakian pada pukul 4.00 pagi Setelah sampai, kami diberi taklimat ringkas tentang pendakian yang berlansung selama 2 hari 1 malam ini oleh seorang guider kami. Seperti biasa jika kita mahu masuk ke dalam hutan pasti ada perkara yang perlu dipatuhi seperti kebersihan, komunikasi, keselamatan dan seumpamanya. Kemudian kami pun bersiap sedia dengan mengangkat beg masing2 dan menuju ke trek pendakian.

Beginilah suasana permulaan trek pada waktu siang (Credit to Ching Neng Bin)

Cuaca agak kelam ketika itu iaitu pada pukul 5.00 pagi, suhu sekeliling dalam lingkungan 21 darjah celcius. Kami mula bergerak melalui denai trek pendakian yang menuju ke puncak Gunung Suku, masing2 menjaga jarak antara satu sama lain agar tidak terlampau jauh kerana suasana agak kelam. Pendakian berjalan dengan agak lancar sekali, sambil berjalan sambil menghirup udara segar hutan...aaahhh,nyaman gitew,hehe... Pada permulaan,trek hanya landai dalam 30 minit dan selepas itu trek mulai mencungak 65 darjah mengikut agakan saya,hehe... Kami mendaki trek yang cungak itu dengan berpaut pada akar dan batang pokok yang kukuh, hati2 jangan berpaut pada duri pulak, rosak tangan uoollss. Pada pukul 7 pagi, kami sampai ke tempat rehat supaya masing2 dapat berehat, makan dan solat subuh. Sambil2 tu boleh la saya membuat lawak dan berceramah al karut wal marut saya,haha...sekadar menghibur hati yang lara kerna mengikuti xpdc ini.



Kemudian kami pun meneruskan perjalanan menuju ke puncak Suku dengan gembiranya.. trek menurun dalam 15 minit dan mulai mendaki semula selepas itu. Seronok perasaan sebab dapat melihat pokok2 hutan, mendengar bunyian hutan yang awesome, tenang tolingo den mondonganyo. Tumbuhan sekeliling mulai berubah disebabkan kami telah mendaki melebihi paras 1200m, saya dengan jakunnya bak kata oghang kedah mencium daun2 sekeliling,haha... ada antara kami yang membuka radio untuk menghibur hati mendengar lagu. Trek agak mencungak juga dalam 70 darjah,sehingga kami terpaksa meredah kawasan tanah runtuh yang terjadi akibat musim hujan, agak merbahaya sedikit kerana kami perlu melalui batuan licin dan berpaut pada tali yang disediakan, kemudian selepas itu kami memasuki zon mossy forest,syok uuu... agak mencabar trek kali ini kerana ia bukan sekadar mencungak dan curam, tapi anda perlu merangkak,mengengsot dan memanjat dahan2 pokok mossy yang melintang di tengah trek,tu diaa baq hang.



Selepas itu kami tiba di 'puncak tipu' di mana kami dapat melihat puncak Gunung Suku yang semakin hampir, sepanjang hampir ke puncak Suku, anda dikelilingi tumbuhan renek dan berbunga yang bisa ku petik kuntumannya utk dihadiahkan kepada srikandi cintaku chewahh.. Yeayyy saya tiba di puncak Suku berketinggian 1797m/5896ft pada pukul 9.30 pagi, setelah menjerit,melompat dan bergambar, saya pun makan tengahhari sambil menunggu kawan2 lain sampai sambil sembang2 dengan brader dan sista guider.





Pada pukul 12.00 tengahhari kami pun bergerak turun dari Puncak Suku menuju ke checkpoint seterusnya iaitu Kem Bear di mana kami bole mengisi air di situ. Trek untuk turun dari puncak Suku agak mencabar kerana dipenuhi batu,dahan berduri dan sangat curam. Setelah 20 minit barulah trek mulai santai sedikit dan menurun sehingga ke Kem Bear, bole nampak ada sebuah ladang sayuran sepanjang trek menuju ke Kem Bear, kemudian saya pun tiba di Kem Bear pada pukul 2.30 ptg dan terus ke waterpoint berhampiran bagi mengisi air keperluan 'kompeni'. Kami berehat seketika di situ sambil makan dan minum, buat lawak, membuta dan sebagainya...

Beginilah rupa Kem Bear, anda boleh bermalam di sini. (Credit to Ee Lic)

Pada pukul 4.00 ptg, kami semua mengemaskan 'ground' dan berangkat menuju ke puncak Gunung Irau yang mengambil masa 2 jam lebih, trek kali ini agak mencabar juga sebab berlecak dan licin, ramai juga antara kami yang tergelincir..syok uuu.. dalam sejam kami berjalan dan berehat sebentar di sebuah tempat lapang untuk membuat persediaan menghadapi waktu malam, headlamp,torchlight dan ponco ready to action. Sepanjang perjalanan dipenuhi tumbuhan mossy yang cantik dan agak annoying juga sebab kena merangkak dan memanjat dahan2.




Trek menaik dan menurun..sama macam harga minyak naik dan turun tapi banyak naik je,hehe... hampir sampai ke puncak, trek agak mencungak,kali ini diselitkan pula dengan dahan2 mossy dan buluh2 yang menyemak di tengah trek,segala skill melompat,memanjat,merangkak,mengengsot semua kluaq,sempoii baq hang. Finally,pada pukul 6.50 ptg sampai jua daku ke puncak idaman, Puncak Irau berketinggian 2110m suhu sekitar 13 darjah celcius, dapat rasakan badan saya makin slim gitteww..bergambar,melihat keindahan alam ciptaan Allah S.W.T dan sempat bersembang dengan 2 orang india yang juga bermalam di situ menghilangkan sedikit kedinginan puncak yang hening chewwaahh...Disitu juga terdapat batu penanda yang memisahkan negeri Perak dan Pahang.



Setelah semua sampai, kami pun memasang flyers dan ground, acik kantin yang bersenjatakan sudip dan periuk sedang menyediakan makanan malam untuk kami. Tinggal beberapa orang termasuk sweeper yang masih belum sampai, dianggarkan mereka sampai pada 9-10 malam. Bila flyers,ground tempat tido semua dah siap,apa lagi..kasi serbu la,membuta..siap ada yang berdengkuq lagi baq hang..haha,sampai pukul 4.30 pagi saya pun bangun,rileks je dengan pakai baju lengan pendek,berselipar jepun keluar dari khemah untuk mencari makanan,hehe,masa tu suhu sekitar 10 darjah celcius. minum2 kopi sambil bersembang dengan abang Sham dan kak Azza untuk menghilangkan kesejukan malam. Kemudian pada pukul 8.00 pagi, kami bersiap sedia untuk bergerak ke Puncak Yellow pula, bergambar,melompat2 mcm biasa,tolong tangkap gambaq orang,haha..kami pun bergerak ke destinasi seterusnya,yehhaaa...




Perjalanan ke Puncak Yellow agak santai juga kerana trek menurun dalam 30 minit dan naik sikit,turun,naik,turun sampai lebam,huhu...sebelum sampai ke puncak Yellow, kami melalui ladang sayuran berhampiran dan naik mencungak 80 darjah sehingga tiba di puncak Yellow 1667m pada 11.00 pagi, tu dia..view lawa beb,nampak awan2 berarak bagaikan kapal pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka. Kami berehat dan makan tengahhari,buat lawak jenakan menghiburkan hati..cuaca memang agak mendung sepanjang hari namun hanya gerimis mengundang.



Pada jam 1.30 kami bergerak menuju ke last destination, Puncak Pass. Trek agak santai namun perjalanan kali ini agak jauh,mengambil masa selama 5 jam juga untuk sampai ke puncak. Cuaca agak lembab dan berlaku hujan lebat seketika, agak banyak puncak tipu yang perlu dilepasi dan trek juga sedikit berlecak. Pada pukul 5.30ptg saya tiba di Puncak Pass berketinggian 1587m. Berehat sebentar dan bergambar, sempatlah bersembang dengan brader2 dan aweks dari grup lain,haha..then meneruskan perjalanan ke last checkpoint, tempat berkumpul semua pendaki untuk ke tempat parking kereta.





Yeahhh...pada pukul 7.00 malam saya tiba di pengakhiran trek, dan berehat sementara menunggu kawan2 yang lain sampai. Pada pukul 8.30 malam kami semua selamat tiba dan berkumpul untuk memastikan semua selamat.Alhamdulillah...






No comments:

Post a Comment