Nama aku Fauzan, aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah perkampungan yang terletak di sebuah lereng pergunungan. Ayah dan ibuku merupakan peladang yang mengusahakan tanaman sayuran. Aku adalah seorang anak tunggal, jadi hanya ibu dan ayah sahaja insan yang aku bergaul sepanjang berada di rumah. Di sekolah, aku sangat pendiam kerana aku ni jenis pemalu. Aku juga merupakan seorang murid yang paling lembab dalam kelas, setiap kali ujian dan peperiksaan pasti akulah yang mendapat markah tercorot. Kawan kawanku sering memandang rendah terhadap diriku, begitu juga guru guruku. Aku ini bukanlah seorang yang minat belajar, namun aku tidak pernah ponteng sekolah kerana itu adalah sikap buruk yang perlu dihindari. Setiap kali waktu rehat pasti aku akan berjalan dan duduk berseorangan di taman sekolah, tidak seperti budak lain yang makan bersama, lepak bersama, belajar bersama dan bermain teng teng.
Aku sering bertanya kepada diri sendiri, apakah peranan aku hidup di dunia ini. Kerna aku merasakan diriku tiada gunanya, kerna aku merasakan diriku sangat lemah pada pandangan orang lain. Seumpama debu di celah kilauan permata, begitulah tanggapan kendiri terhadap diriku. Ada kalanya aku ingin mencuba untuk bergaul, namun kawan kawanku seolah olah tidak nampak diriku ini. Bila berada di dalam kelas, guruku sering menegurku kerana tidak fokus dan sering melihat di luar jendela. Subjek yang paling aku benci adalah matematik dan bahasa inggeris, kerana bagiku subjek subjek itu tiada gunanya dalam kehidupanku. Namun begitu aku menggemari subjek sains kerana ia merupakan subjek yang ada kaitannya dengan hidupku. Agak lucu juga, walaupun minat dengan subjek sains, tapi aku masih mendapat markah tercorot dalam kelas.
Selepas tamat waktu persekolahan, seperti biasa aku akan mengayuh basikal BMX ku melalui kawasan bendang di tepi lereng banjaran pergunungan menuju ke rumahku kerna aku suka akan suasananya yang tenang dan permai, tidak seperti di sekolah.
Berdekatan dengan padi sawah itu juga terdapat ladang sayur kepunyaan ayahku, hampir setiap hari aku akan ke situ untuk menolong ayahku membersihkan ladangnya dan membakar rimbunan daunan kering. Ibuku sudah pulang ke rumah terlebih dahulu untuk menyiapkan makan malam. Setelah selesai membersihkan ladang kami pun bergerak pulang ke rumah kerana hari sudah beransur senja, kelihatan budak2 berhenti bermain bola dan bergerak pulang ketika kami melalui di sebelah padang bola berhampiran.
Selesai mandi,solat maghrib bersama dan mengaji, kami sekeluarga menikmati santapan makan malam. Nasi berulamkan sayur, itulah menu kami sekeluarga setiap hari."Makanan macam ni bagus untuk kesihatan tau" usik ayahku sambil menyicah ulam pegaga dengan air asam. Sambil makan sambil beramah mesra di atas beranda rumah kampung ditemani tiupan angin sawah gunung.
Secara tiba tiba ayahku bertanya "Ojan nak jadi apa bila besar nanti?doktor?jurutera?guru?", lalu aku membalas "alah ayah..tak best lah jadi doktor,jurutera,guru, ojan nak jadi macam ayah, jual sayur" balasku sambil tersenyum.Ayahku menepuk bahuku sambil berkata "Ayah tak kisah Ojan nak jadi apa, asalkan mampu berbakti kepada masyarakat, kita kena ingat, bumi ini luas, makin luas pemikiran kita makin banyaklah peluang yang kita dapat,inshaallah" kata ayahku sambil tersenyum. Aku menjadi semakin bersemangat, bersyukur aku sebab dikurniakan seorang ayah dan ibu sebegini.
Sesi persekolahanku adalah pada waktu petang, jadi pada waktu pagi aku akan bersiar2 menaiki basikal mengelilingi kampung, ada kalanya aku akan memanjat lereng bukit berhampiran untuk melihat keindahan suasana pagi perkampungan sambil membawa kertas lukisan. Aku akan melukis apa sahaja objek yang menarik di sudut pandanganku. Jadi tidak hairanlah potret2 lukisan memenuhi segenap ruang bilik tidurku.
Ketika sedang leka melukis di atas pondok berdekatan sawah, tiba2 ada orang memanggil "Selamat pagi Ojan",rupa rupanya uncle Subra datang membawa kerbaunya untuk ke sawah. Uncle Subra berkawan rapat dengan ayahku, mereka juga sering lepak bersama di sebuah warung kopi berdekatan, warung Ah Cheng. Uncle Subra bertanya "aiyyoo,awak lukis apa?", aku menjawab "saya lukis sawah,saja suka suka".Uncle Subra memuji lukisan saya "wow,banyak cantik awak lukis,uncle nampak awak memang berbakat,boleh jadi pelukis bila besar". Aku sambil tersenyum mengatakan bahawa melukis hanya sekadar hobi,inshaallah ada rezeki tidak ke mana yang penting usaha.
Semakin hari usia semakin meningkat, tidak sedar aku sudah memasuki alam persekolahan menengah. Ada antara kawan2 sekolah rendah ku dulu yang menyambung pelajaran di sekolah kluster, tapi aku meneruskan pelajaran di sekolah menengah biasa sahaja. Berpakaian kemeja putih,seluar hijau tua beserta beg sandang, aku mengayuh basikal menuju ke sekolah menengah baharuku.Bila tiba di sekolah, aku melihat ada wajah yang gembira, ada wajah sedih,ada wajah kecewa, mungkin kerana ada yang tidak dapat sambung pelajaran ke sekolah kluster. Aku hanya tersenyum seorangan kerana tiada apa yang perlu dikecewakan. Berasal daripada keluarga peladang yang sederhana, pengalaman berniaga bersama ayahku di pasar tani dan pengalaman pahit ketika sekolah rendah mematangkan lagi diriku ini. Kerna disebalik kelemahan seseorang itu, pasti dia memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki kebanyakan orang lain.
Setelah mendaftar, aku ditempatkan di kelas ke-8 daripada 9 kelas. Aku boleh memerhatikan ada murid nakal,ada murid baik,ada murid rajin dalam kelas itu. Berbagai ragam, bak kata pepatah rambut sama hitam tapi perangai lain2. Seperti biasa aku lebih suka untuk berseorangan di dalam kelas, namun kali ini berbeza pula, ketika sedang mempelajari subjek pertamaku di dalam kelas, ada seorang budak baru bernama Zaqwan datang. Beliau memperkenalkan diri beliau di hadapan "Salam semua, nama saya Zaqwan, saya sebenarnya sudah seminggu di Sekolah Menengah Bestari, tapi akhirnya saya memutuskan untuk sekolah di sini". Kenyataannya sedikit sebanyak menghairankan kami, bagaimana dalam ramai murid berebut untuk memasuki sekolah kluster tapi beliau menolak untuk belajar di sekolah kegilaan ramai itu. Beliau pun duduk di sebelah ku setelah memperkenalkan diri.
Orangnya kelihatan bijak dan berasal dari keluarga berada, namun beliau sangat merendah diri. Aku sendiri merasa pelik mengapa dia duduk di sebelah saya sedangkan ramai budak2 lain yang ada kerusi kosong di sebelah. Sepanjang dalam kelas aku memerhatikan gerak geri beliau, sangat fokus terhadap apa yang guru mengajar di hadapan, tulisan beliau juga sangat kemas, tidak seperti tulisanku yang serupa cakar ayam. Aku cuba berlakon dengan meminta dia mengajarkan aku cara mengira algebra, beliau mengajarku dengan penuh kefahaman, aku sangat terpegun dengan cara dia mengajar.
Ketika waktu rehat, kawan2 sekelas lain mengajak dia untuk keluar rehat, tapi dia memberikan alasan ada kerja sedikit hendak dibuat. Dia mengeluarkan sebuah buku, nampak seperti buku diari kehidupan. Lalu aku pun menegur dia,"Nape ko tak nak sambung belajar sekolah bestari tu?",lalu dia menjawab,"Aku bosan,sebab masa orientasi semua bagitau nak jadi doktor,jurutera,peguam.guru. Lepastu aku tengok semua murid pandai2, menghadap buku, aku jadi bosan". Dalam hatiku terdetik, lain macam juga perangai dia ni, dah macam perangai aku dah, tersenyum sinis ku buat seketika. Tidak semestinya seseorang itu minat belajar, dia akan menjurus kepada profession2 seperti doktor,jurutera dan sebagainya. Kerana pasti ada juga yang meminati bidang keusahawanan, kesenian, ketenteraan dan lain2.
Kemudian dia mengajak aku untuk keluar berehat, yang seronoknya dia belanja aku makan nasi ayam dan air bandung, bertuah juga nasibku hari ini. Aku bertanya kepada dia tentang buku diarinya itu, lalu dia menunjukkan sedikit helaian buku itu, aku hanya mampu terkedu kerana tulisannya dalam bahasa inggeris, bahasa yang aku benci. Aku memuji beliau "hebat juga kau ni bahasa inggeris kan", lalu dia menjawab "sebenarnya mak dan ayah aku memang 'speaking' daripada aku kecil lagi". Maka tidak hairanlah bahasa inggeris beliau tahap dewa hebatnya. Saya bertanya lagi "Jadi kau layan lagu inggeris juga ke?", dia menjawab "ya,aku memang layan lagu inggeris, tapi aku lebih layan lagu melayu, lagu rock kapak, tangkap jiwa beb". Bila mendengar jawapannya itu, aku berasa hairan bin ajaib, selalu budak2 macam ni layan lagu2 k-pop sahaja. Jadi kesimpulannya jangan menilai seseorang dari luaran.
Ketika cuti sekolah, aku seperti kebiasaanya akan membantu ayahku menjual sayur di pasar tani. Sedang sibuk melayan pelanggan membeli sayur, aku terlihat Zaqwan berjalan bersama seorang wanita lalu aku memanggilnya. Zaqwan pun datang, aku berkata "Amboi, lawanya 'girlfriend' kau", lalu Zaqwan membalas "Eh kau ni, ni mak aku lah". Aku dengan muka tebal setebal tembok pemisah Berlin berfikir, mungkin ayahnya kahwin lain. Zaqwan ada menjemputku untuk ke rumahnya, bermain playstation 2, permainan yang popular pada masa itu. Aku dengan rasa bersemangatnya membantu ayahku menjual sayur sayuran sehingga habis.
Pada malam itu, aku pergi ke rumah Zaqwan. Terkejut aku bila sampai ke rumahnya, kelihatan seperti rumah perdana menteri besarnya. Zaqwan menjemputku masuk ke dalam, memperkenalkan kepada ayahnya, baru ku tahu ayahnya merupakan tauke bendang di situ. Kelihatan 3 buah mesin padi, 15 buah trektar dan 5 buah lori tersusun bersebelahan rumah mereka. Lalu saya bertanya kepada Zaqwan "Ayah kau belajar kat mana dulu?oxford?england?USA?", lalu Zaqwan menjawab "Ayah aku PMR je lah, lepas ayah aku PMR atuk aku meninggal dunia, jadi ayah aku putuskan untuk tidak sambung belajar demi untuk menolong nenekku mencari rezeki, alhamdulillah berkat kesabaran dia mengharungi cabaran hidup terbalas juga". Lalu aku tersentak, rupanya di sebalik kemewahan yang dimiliki ada kisah duka disebaliknya.
Aku memberanikan diri untuk bertanya lagi,"Betul ke tu mak kau,mudanya",lalu Zaqwan menjawab "Sedih ceritanya, sebenarnya mak aku meninggal ketika aku berusia 10 tahun, dia merupakan seorang doktor pakar, ketika dalam perjalanan menuju hospital dia telah terlibat dalam kemalangan maut, jadi ayah aku berkahwin baru supaya ada orang yang dapat jaga aku". Ya Allah, tersedu aku mendengar ceritanya, aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan ayah meskipun hidup serba kekurangan. Selama ini aku sering memandang rendah diri sendiri kerana sering dikutuk oleh kawan2 dan dimaki oleh guru2. Ada hikmahnya aku dapat berjumpa dengan Zaqwan ni, banyak mengajar aku menjadi tabah. Zaqwan mengajak aku masuk dalam biliknya, alangkah terkejutnya aku apabila melihat segenap ruang biliknya dipenuhi formula2 matematik dan sains, sangat kontra denganku yang meminati lukisan.
Tidak ubah seperti cacing kerawit, pelbagai formula matematik ditulisnya dalam sebuah kertas dan ditampal di dinding bilik. Dia mengajakku untuk bermain playstation tapi aku menolak kerana hatiku berasa sebak mengenangkan kisah silamnya. Jadi dia mengajakku bermain catur sambil kami bersembang2 tentang kehidupan masing2.Zaqwan berkata kepadaku "Kau tahu tak, aku sebenarnya tak minat belajar,ramai kawan2 mengutuk aku, tapi sejak kematian mak aku diikuti pula ayah aku menjadi tak keruan selepas itu, aku menjadi semangat untuk belajar, sebab aku mahu buktikan kepada mereka yang aku tidak mudah jatuh walaupun dihimpit pelbagai dugaan". Aku membalas "Oh, tak sangka hati kau kuat macam besi tembaga gred tinggi, aku 'salute' kau bro". Zaqwan membalas lagi "Tapi bro,bila aku dah pandai dan sentiasa dapat gred tinggi, aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang diajarkan kat sekolah ni untuk siapkan kita menghadapi dunia sebenar".Lalu aku bertanya "Eh,kenapa pula begitu bro?". Zaqwan menjawab"Ye lah, cuba ko tengok senarai orang terkaya di malaysia dan dunia, diorang mana ada belajar pandai2, apatah lagi ada ijazah. Aku membalas "Betul jugak tu, ayah kau PMR je tapi boleh ada rumah banglo mewah dan kereta Porsche Panamera".
Jadi, rezeki Allah tu tersangat luas di mana keluasannya tak tercapai dek akal. Seperti mana di sekolah kita hanya diajar untuk mengingati fakta dan formula kemudian kertas ujian sebagai penanda aras. Sedangkan dalam dunia realiti, ujiannya ternyata berbeza. Sekolah hanya melatih seseorang itu untuk menjadi cendekiawan ataupun ahli akademik, manakala dunia realiti melatih dan membentuk manusia itu menjadi lebih hebat dengan melalui pelbagai rintangan dan kegagalan. Aku bertanya "bagaimana seseorang itu boleh menjadi hebat dalam dunia realiti?", Zaqwan menjawab "dengan memberanikan diri untuk 'explore' peluang2 mencari rezeki yang ada". Seakan akan berbicara bersama pakar motivasi pula, ujar diriku kerana merasa seolah2 dibasuh otak yang berkarat selama ini. Malam sudahpun lewat, jadi aku pulang ke rumah bagi mengelakkan keluargaku daripada risau.
Mulai selepas malam itu, secara tiba-tiba aku menjadi seorang pelajar pintar di sekolah sehinggakan kawan2 dan guruku amat terkejut. Sejak itu juga karya lukisanku menjadi popular sehingga dipamerkan di papan kenyataan dan perpustakaan sekolah. Pada tingkatan 4 aku memilih untuk masuk ke kelas aliran sains kejuruteraan bersama2 dengan Zaqwan. Subjek yang paling aku minati ketika itu adalah lukisan kejuruteraan, kerana ia ada kaitan dengan hidupku. Zaqwan pula dikenali sebagai mentor matematik dan fizik sekolah, kerana kepintarannya seakan akan Adi Putra. Dia juga memenangi pertandingan saintis muda antara sekolah2. Masa berlalu dengan pantas juga sehingga keputusan SPM diumumkan, kami masing2 memperoleh full A's. Tapi bagiku, itu hanya sekadar gred, kerana aku mahu membina kehidupanku selepas tamat persekolahan, ingin membantu keluargaku ke arah kehidupan lebih baik.
Semua kawan2 aku yang mendapat keputusan cemerlang menyambung pengajian tinggi termasuk Zaqwan yang menyambung pengajian di USA atas permintaan ayahnya. Tinggal aku sahaja yang masih menetap di kampung itu. Matlamat aku adalah ingin memajukan perniagaan sayur ayahku. Tanah pusaka peninggalan arwah atukku masih banyak lagi yang bersemak samun tidak diusahakan. Kedudukan ladang ayahku berada betul2 di lereng banjaran pergunungan, terlintas juga di fikiranku untuk membina sebuah homestay di atas lereng gunung tersebut kerana pemandangannya cantik terutama pada waktu pagi dan senja menyinsing. Di situ juga terdapat air terjun yang airnya jernih dan segar pastinya menarik perhatian pengunjung untuk menetap di homestay itu, warung kawan ayahku, Ah Cheng yang terkenal dengan teh tarik dan kopi power juga terletak berhampiran. Lalu aku berbincang dengan ayahku untuk membina 3 buah homestay di situ. Ayahku juga mahir dalam bertukang kayu, atap dan lantai rumah kami dibaikinya sendiri tidak perlu mengupah orang lain.
Aku dengan penuh yakinnya melukis pelan dan model homestay tersebut kemudian membeli bahan dan alat untuk membinanya. Aku,ayahku dan 2 orang pembantu ladang ayahku bertungkus lumus menyiapkan homestay tersebut, pelbagai rintangan seperti cuaca panas terik dan hujan lebat, namun itu tidak mematahkan semangat kami. Akhirnya dalam masa sebulan siap juga homestay buatan sendiri kami di mana ayahku bertindak sebagai mastermind dalam membinanya. Selepas itu kami membesihkan pula ladang yang dipenuhi dengan pokok durian,rambutan,manggis,langsat dan buahan lain supaya pengunjung dapat singgah di situ.
Setelah selesai mengemaskan kawasan yang berpotensi sebagai destinasi pelancongan itu, saya bergegas ke rumah Zaqwan untuk bertemu ayahnya. Saya memberitahu ayah Zaqwan bahawa di situ ada homestay, dia terkejut dan terpesona kerana ada 2 sahabatnya akan bermalam di situ, semestinya mereka boleh menyewa homestay tersebut untuk menikmati keindahan pergunungan,air terjun dan ladang buahan dan sayuran.
Dalam masa 6 bulan, kampung tersebut bertukar kepada tempat peranginan yang popular kepada pengunjung tempatan, sedikit sebanyak membantu tahap sosioekonomi di situ.Sekian itulah cerita hidupku sebagai usahawan agropelancongan...

Penceritaan & pngalamn yg menarik. Syabas
ReplyDelete