Thursday, February 23, 2017

Trip Santai Bukit Kutu & Lata Medang,Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera, jom kita menyelusuri pendakian Bukit Kutu (1090m) dan Lata Medang yang terletak di Sungai Pertak,Kuala Kubu Bharu.


Pada 14 Feb 2017, jam 5.30 pagi kami berkumpul di Sungai Pertak bagi membuat persediaan mendaki Bukit Kutu yang mengambil masa 4 jam. Pada jam 5.40 pagi kami memulakan perjalanan dengan melalui 2 jambatan yang menyeberangi sungai. Kemudian bertemu dengan simpang Y di mana kiri menuju Lata Medang dan kanan menuju Bukit Kutu. Setelah 15 minit berjalan, kami terpaksa membasahkan diri pada waktu subuh yang dingin dengan berjalan dalam sungai. Trek pada mulanya agak santai namun selepas itu trek mulai mencungak sedikit demi sedikit. 

Suasana sekeliling agak kelam kerana pohon2 menutupi lantai hutan daripada sinaran fajar. Kecuraman trek ketika ini adalah 45 darjah, ada trek yang agak curam dan licin, jadi kami perlu berpaut pada akar dan pokok bagi mengelakkan terjatuh. Selepas itu trek mulai mencungak sehingga 70 darjah dan kami berhenti seketika di sebuah tempat lapang bagi menunggu kawan2 di belakang. 

Di hadapan pula ada trek yang sangat curam dan licin, tapi ada disediakan tali supaya kami dapat berpaut untuk mendaki. Kelihatan suasana pagi mulai cerah, tiba sahaja di sebuah kawasan bernama Batu Tedung kami pun memutuskan untuk berehat.

Inilah yang dinamakan Batu Tedung, anda boleh berehat di sini sementara menuju ke puncak.
Daripada Sungai Pertak ke Batu Tedung ini mengambil masa 2 jam, jadi perjalanan kami berbaki lagi 2 jam untuk ke puncak Bukit Kutu. Setelah hampir 20 minit saya membuta di situ, perjalanan ke puncak diteruskan. Suasana pagi yang indah dan hening disinari suria pagi menyerikan hati ini untuk mendaki menuju puncak. Anda perlu memanjat beberapa batu besar, ada tali disediakan untuk memanjatnya. Trek mulai sedikit senang kerana tidak berapa curam dan kebanyakannya adalah landai daripada Batu Tedung menuju puncak.

Pada jam 9.00 pagi, saya tiba di puncak Bukit Kutu. Keindahan suasana pagi banjaran Titiwangsa lebih jelas kelihatan di atas puncak.





Suasana sekeliling tidak berkabus kerana sudah 3 hari tidak hujan. Jadi kami boleh menikmati suasana sekeliling dengan begitu permai sekali. Untuk mendapatkan 'view' yang lebih cantik lagi, kami memanjat batu menggunakan tangga besi yang disediakan.


Kapasiti maksima untuk duduk di atas batu ini adalah 4-5 orang sahaja. Jadi, janganlah nak berselfie terlalu lama sangat ye, ingat orang belakang tau.




Daripada atas batu ni boleh dilihat kawasan berdekatan seperti Kampung Pertak,Empangan Selangor,Kuala Kubu Bharu dan Genting Highland. Gunung Rajah juga dapat diperhatikan dari sini.


Setelah berselfie di atas batu tersebut, kami singgah pula untuk ke rumah banglo peninggalan kolonial British berhampiran.



Rumah banglo ini telah runtuh dan lusuh disebabkan telah lama terbiar dan faktor sekeliling. Jika diperhatikan kepada binaannya, banglo ini diperbuat berasaskan batu,telur dan pasir. Setelah makan2 dan berehat, pada jam 1.30 ptg kami turun daripada puncak Bukit Kutu menuju ke tempat parkir kereta bagi membuat persediaan untuk bergerak ke Lata Medang.

Setelah semua selamat tiba di tempat parkir, kami semua berehat terlebih dahulu. Saya sempat juga bersembang2 dengan sekumpulan pelajar rekreasi yang membuat kaji selidik di situ. Pada jam 5.00 ptg, kami memulakan pendakian menuju ke Lata Medang yang mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai.Untuk ke Lata Medang, setelah anda merentasi 2 batang sungai, anda akan berjumpa dengan simpang Y. Kiri adalah jalan menuju ke Lata Medang. Selepas itu anda akan berjumpa lagi dengan simpang Y, kanan menuju ke Lata Medang manakala kiri menuju ke Gunung Rajah.

Trek menuju ke Lata Medang boleh dikatakan santai namun ada juga trek yang curam. Jam sudah menunjukkan pukul 6.50 ptg, suasana mulai kelam dan ditemani rimbunan buluh. Hampir tiba di Lata Medang,kedengaran bunyi desiran air terjun. Setelah tiba, kami membuat persiapan memasang khemah dan memasak. Malam sudah pun gelap, bagi menyegarkan badan saya dengan beberapa orang yang lain pun mandi. Agak menggigil juga kerana air sungai yang sejuk pada waktu malam.

Keesokan paginya tanpa membuang masa kami beramai2 terjun ke dalam sungai untuk mandi,yeahhaaa....




Setelah mandi dengan puasnya, kami naik sebentar untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh akak kantin kami.


Lepas makan, kami pun terjun ke dalam sungai semula,haha...mandi sampai lebam...



Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tghhari, jadi kami mengemaskan khemah, barang2 yang patut untuk pulang.


Pada jam 1.30 ptg kami semua selamat tiba di tempat parkir kereta dan bergerak ke gerai cendol yang terletak di pekan Kuala Kubu Bharu. Selesai pekena cendol, kami pulang ke rumah masing2..sekian itu sahaja trip kami yang dikategorikan sebagai santai ini.Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment