Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini saya nak berkongsi tentang pendakian 3 buah gunung yang terletak di daerah Rembau,Negeri Sembilan. Terdiri daripada Gunung Datuk, Rembau dan Gagak, ekspedisi ini dikategorikan saya sebagai separa sukar kerana ada trek yang mencungak, berlumpur dan penuh pacat.
Pada 18 Nov 2016 jam 11.00 malam kami berkonvoi daripada Pelabuhan Klang menuju ke R&R Seremban bagi menunggu keesokan paginya. pada 19 Nov 2016 jam 6.30 pagi kami bergerak menuju ke trek permulaan Gunung Datuk yang terletak di Rembau.
Kami tiba di trek pada jam 8.00 pagi. Ekspidisi kali ini diketuai oleh Pak Daud. Setelah selesai sesi taklimat ringkas, sarapan dan bacaan doa, kami memulakan pendakian menuju ke puncak Gunung Datuk.
Trek agak mencungak juga dalam 30 minit sebelum berhenti sebentar untuk berehat di sebuah tempat lapang. Kemudian trek terus mencungak sehingga sampai ke puncak Datuk, sepanjang trek dipenuhi batu2 besar, anda boleh berpaut pada tali yang disediakan untuk keselamatan.
Selepas 2 jam pendakian daripada tempat parkir kereta, akhirnya kami tiba di Puncak Gunung Datuk berketinggian 855 m. Untuk berehat,makan dan minum anda boleh membentangkan ground di kawasan ini kerana ia agak lapang dan rata.
Sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Rembau dan Gagak, kami makan dan sembang2 dahulu...
Untuk melihat keindahan panorama Rembau most wanted yaww, anda perlu memanjat tangga besi yang disediakan.
Puncak Gunung Datuk ini popular kerana terdiri daripada batu2 besar yang bertindih membentuk sebuah puncak.
Suasana sekeliling agak berkabus, jadi agak sukar untuk melihat panorama daerah Rembau. Selesai berselfie secara berjemaah kami pun turun ke tempat rehat untuk meneruskan perjalanan menuju Puncak Rembau.
Langit sudah mulai mendung ketika dalam perjalanan menuju ke puncak Rembau. Trek agak berlumpur disebabkan musim hujan berterusan di semenanjung Malaysia.
Kemudian hujan mulai turun, air hujan yang membasahi trek menambahkan lagi kelicinan trek, bilangan pacat juga mulai bertambah. Kami meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan simpang Y. Jika anda masuk ke kanan ia akan menuju ke Puncak Gagak manakala ke kiri ia akan ke Puncak Rembau. Hujan mulai lebat, jadi kami memutuskan untuk pergi ke Puncak Rembau dahulu kerana ia hanya mengambil masa 25 minit. Trek yang sangat berlumpur menambahkan lagi cabaran kami untuk ke sana, maka berlakulah aksi gelongsoran dramatik antara kami,haha.
Akhirnya kami tiba di Puncak Rembau, ada antara kami yang menjerit bila pacat menganggu sesi berselfie kami,haha..Ketinggian gunung Rembau adalah 884 m dan tiada view di sini. Kemudian kami pun beransur daripada situ kembali menuju ke simpang Y.
Hujan mulai surut, jadi kami meneruskan perjalanan menuju Puncak Gagak yang mengambil masa 1 jam lebih untuk sampai. Kali ini trek sangat mencabar kerana sangat berlumpur, kelicinan tahap dewa dan ditemani pacat penyeri suasana.hehe...Trek menaik dan menurun sehingga kami sampai di puncak tipu, yang peliknya ada orang menampal signboard di situ, lalu kami mencabutnya. Kami meneruskan perjalanan menuruni trek yang amat curam dan licin, saya dengan bergaya ala2 kampung boy menggelongsor sehingga ke bawah kerana malas nak berpaut pada dahan2 yang banyak duri. Secara tiba2 ada seorang minah ni pun mengada2 nak menggelongsor lalu merempuh saya, diikuti oleh budak2 lain pun sama. Agak lucu juga, sedikit sebanyak menghiburkan hati bagi menempuhi kesukaran trek ini.
Haha, lihatlah kasut masing2, berlumpuq baq hang. Akhirnya kami tiba juga di Puncak Rembau pada jam 4.00 ptg. Kali ini pastinya lebih meriah kerana pesta pacat menghiasi, maklumlah trek jarang dilalui tambah2 lagi tika musim hujan.
Gunung Gagak berketinggian 820 m dan disini juga anda tidak dapat melihat 'view'. Setelah berselfie dengan pelbagai gaya, kami pun beransur untuk pulang ke parkir kereta. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih juga untuk sampai, kami menjangkakan akan sampai pada pukul 7.30 malam.
Tu dia, ni model import punya, berselindung di sebalik pohonan mekar bertemankan sinar sang suria senja...
Macam biasalah, perlu mengharungi trek berlumpur dan licin, ada kalanya sehingga terpaksa berpaut pada dahan berduri. Saya mengambil inisiatif untuk menyondol trek baharu supaya dapat mengelakkan trek licin tersebut. Sondol punya sondol sekali kepala terhantuk batang buluh, haha, tu lah cari pasal. Dalam 2 jam kemudian kami sampai di Gunung Datuk, ketika itu suasana mulai gelap, kelihatan ada yang bercamping di situ. Jadi saya menjangkakan untuk sampai parkir kereta dalam sejam begitu. Kali ini trek tidak begitu licin, tapi perlu berhati juga kerana sangat curam dan berbatu. Akar2 pokok yang menjalar juga agak mengganggu. Saya berpaut pada tali yang disediakan bagi mengelakkan terjatuh pada batu batu licin.
Suasana sekeliling semakin gelap, membataskan penglihatan kami untuk menuruni trek yang curam dan berliku tersebut. Akhirnya pada jam 7.40 malam saya tiba di parkir kereta dan lepak2 sambil minum di warung berdekatan. Bersembang2 dengan seorang pak cik di situ, dia memberitahu bahawa kawasan gunung memang banyak bunian, jadi pada waktu malam perlu berjalan rapat2 dan jangan hiraukan benda2 pelik sekeliling. Banyak juga terjadi kes hilang dalam hutan antaranya adalah sebab diculik bunian. Jadi kita sebagai seorang Muslim wajib percaya wujudnya jin,syaitan dan iblis. Maka berdoalah dahulu sebelum masuk dalam hutan dan ucapkanlah kalimah Allah jika terserempak dengan sesuatu yang tidak diingini.Inshaallah...
No comments:
Post a Comment