Friday, February 17, 2017

Ekspidisi Trans Batu Putih,Tapah,Perak

Assalamualaikum pembuka kata,
Selamat sejahtera penghulur bicara,

Terima kasih kepada anda yang sudi singgah di blog saya,salam persahabatan moga sihat senantiasa inshaallah. Kali ini saya nak cerita tentang xpdc pendakian Gunung Batu Putih yang terletak di Tapah,Perak terdiri daripada 3 buah gunung utama iaitu Gunung Batu Dara, Gunung Batu Bujang dan Gunung Batu Putih. Xpdc ini juga dikatakan sebagai kelapan tertinggi dan tercabar di semenanjung Malaysia.Jaraknya pula adalah 29km mengambil masa 3 hari 2 malam untuk menamatkannya.



Pada 9 Feb 2017, jam 11.00 malam kami bertolak daripada Shah Alam menuju ke R&R Tapah sementara menunggu esok paginya.Pada jam 8.00 pagi 10 Feb kami bergerak menuju ke Empangan Sungai Woh terletak di Kampung Orang Asli Pos Musoh.Kami tiba di trek permulaan pada jam 9.30 pagi dan terus bersiap.Kali ini kami diketuai oleh seorang guider bernama Firdaus,student UTHM.

Yang berbaju oren serta bertopi itulah Firdaus,guider kental baq hang.

Pada jam 11.00 pagi kami pun memulakan perjalanan daripada empangan Sungai Woh menuju ke destinasi pertama.Dengan gayanya serta gembiranya kami berjalan merentasi kampung orang asli dan dusun.






Setelah merentasi sebatang sungai dan dusun orang asli, kami mula memasuki trek yang sedikit menaik dalam 30 minit dan kemudian melalui lereng yang agak curam dan licin.Agak merbahaya juga, jadi anda perlu berpaut pada batang pokok dan buluh,jangan pegang duri pulak,menangis pulak nanti,haha...Pada jam 1.00 ptg kami tiba di 1st checkpoint dan makan disitu. Seronok kerana ada air terjun,tapi kelihatan merbahaya kerana airnya dalam.

Di sungai ini kami berehat sebentar untuk makan,solat dan mengisi air,bukan buang air eh,hehe...

Kemudian,pada jam 2.00ptg kami meneruskan perjalanan ke campsite tempat untuk kami bermalam. Trek pada awalnya santai dan dipenuhi rimbunan buluh,kemudian sedikit mencungak.Agak mencabar kerana treknya mencungak dan jauh namun tidak perlu risau,anda boleh berjumpa dengan banyak sumber air di sepanjang trek.Boleh dikatakan setiap 30 minit perjalanan kami akan berehat seketika untuk menunggu kawan2 di belakang.

Dengan penuh kesabaran mengharungi trek yang mencabar,kami akhirnya tiba di tapak perkhemahan pada jam 7.00 malam dan terus memasang ground dan flyers.Di situ terdapat sumber air di mana anda boleh mandi dan mengisi air serta membuang air,haha 😂 Macam biasa aktiviti malam,makan2,sembang2 kemudian membuta...

Keesokannya 11 Feb jam 9.00 pagi,kami mengemaskan barang dan bergerak menuju ke Puncak Batu Dara.Pada 10.00 pagi kami berehat sebentar di sebuah rumah batu untuk menunggu kawan2 di belakang.

Di dalam rumah batu ini ada kepala kambing sudah hangus,sapa ntah yg mentekedarah,haha...

Kemudian, kami meneruskan perjalanan menuju ke Puncak Batu Dara yang terletak hanya 1 jam dari situ.Melalui trek yang mencungak dan perlu memanjat sedikit akhirnya kami tiba di Puncak Batu Dara 1447m pada 11.00 pagi.

 View daripada puncak Batu Dara,ada pelangi beb...

 Bergambar ala2 hindustanhe, kiya ho ta hei del pagel he....

Berselfie secara berjemaah di atas puncak dihiasi alunan kabus pagi...

Setelah selesai adegan di atas puncak,kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Puncak Batu Bujang yang mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai. Tu dia sejuk baq hang, suhu pada sekitar 18 darjah celcius.Perjalanan menuju ke puncak Batu Bujang melalui hutan mossy,syok uuu...hijau pandangan tenang hati...



Sepanjang trek perlu berhati2 kerana terdapat struktur tanah yang tidak kuat akan menyebabkan anda terjatuh dalam lubang kecil,tapi ada aku kesah,haha,kasi langgar wal bedal aja...Pada jam 2.00 ptg, kami tiba di Puncak Batu Bujang berketinggian 1922m suhu sekitar 16 darjah celsius.Suasana sekeliling agak berkabus.

 Seorang bujang sedang memegang signboard Puncak Batu Bujang 1922 meter.

Dah nape pandang belakang buat peace,haha...

Makan2,lepak2,solat jamak Zohor & Asar,then bersiap sedia pula untuk meneruskan perjalanan yang memakan masa 4 jam lebih menuju ke Puncak Batu Putih. Yeahh come on, Gunung Batu Putih memanggil seru hatiku ini.Melalui laluan tumbuhan mossy dan persekitaran lembap menyebabkan badan kami tidak memerlukan banyak air,so bole la nak jimat air supaya dapat digunakan ketika di Puncak Batu Putih nanti.


Tumbuhan Mossy menghiasi sepanjang trek,so just rileks and cool,OK...

Dalam 1 jam lebih perjalanan, kami berehat sebentar di bawah sebuah batu. Angin mulai bertiup kencang dan suhu mencecah 14 darjah celcius membuat kami menggigil kesejukan.


Rileks dulu...sejuk baq hang daripada x lawas terus lawas kincinvera haha 😂

Kemudian kami pun meneruskan perjalanan dengan gagahnya.Singgah sebentar di sebuah sungai kecil untuk mengisi air bagi kegunaan memasak atas puncak,uppss jangan lupa,keperluan sendiri juga,hehe...Dalam pukul 7.15 malam kami semua selamat tiba di Puncak Batu Putih berketinggian 2132m suhu 10 darjah celsius dan angin bertiup kencang.Pasang flyers,ground dan siapkan apa yang patut then pakat membuta habis tinggal akak kantin yang memasak,hehe...lpastu bangun mentekedarah sat then sambung tidoq,tak fikir apa dah sejuk ka apa ka janji dapat membuta...

Keesokan paginya 12 Feb saya menggagahkan diri untuk bangun,yeahhaa..melompat2 saya sebab nak hilangkan rasa sejuk,apalagi sesi bergambar lah bro...

 Lawa beb view...nampak awan berlalu dengan sayunya di waktu pagi,kelihatan saujana kawasan Tapah dan Ulu Kinta.
Semua acah acah tak sejuk,padahal menggigilzz giles...

Kemudian pada jam 9.30 kami bersiap untuk ke destinasi seterusnya iaitu Puncak Batu Kak.Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih juga untuk ke Batu Kak dan akan singgah di sebatang sungai.Trek menurun curam dalam 1 jam juga dan akan bertemu dengan sebuah persimpangan,kanan ke Sungai Terbunuh dan terus ke Batu Kak,lek lu bro...kita pi usha sungai sat nah...

Inilah yang dinamakan Sungai Terbunuh sebab mmg rasa nak terbunuh untuk turun ke sini.

Ingatkan boleh mandi,tapi mak datuk sejuk giles,kalo mandi confirm tak nak gerak dah lepas ni,haha...So kami pun naik balik ke persimpangan,rehat2 kejap dan meneruskan perjalanan.Dapat rasa suhu sekeliling kembali suam seperti biasa,lega rasanya...pada jam 2.00 ptg kami tiba di Batu Kak...

 Bersama Kak Ju yang menjadi photographer sepanjang perjalanan,haha...


Untuk naik ke Puncak Batu Kak,kena panjat tangga kayu buatan asli terbaik dari ladang,risau jugak tapi kasi layan ja,haha...




Selesai berehat kami meneruskan perjalanan ke checkpoint seterusnya iaitu Gua Azan.Dalam 1 jam lebih juga untuk sampai ke sana.Trek agak santai juga di mana ada naik ada turun...Pada pukul 3.00 ptg kami sampai di Gua Azan untuk berehat,makan dan solat.

Beginilah Gua Azan,pandai akak ni edit,kreatif dan inovatif,haha...ada waterpoint juga berdekatan.

Syok uuu..nak bermalam kat sini pun bole..

Dah mentekedarah maggi dan nasi,kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke tempat parkir kereta yang dianggarkan akan sampai pada pukul 7.00 malam.Namun trek putus menyebabkan kami tersasar jauh melalui trek yang salah.Best jugak dapat naik bukit mencungak 60 darjah selama 1 jam setengah,then turun balik,slim world beb,haha...

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 ptg jadi kami pun memasang headlamp untuk menghadapi waktu malam.Pada jam 7.00 malam kami bergerak melalui jalan yang benar.Melalui lereng bukit yang curam pada waktu malam agak mencabar dan merbahaya,perlu berhati2 dan berpaut pada batang dan akar pokok.Agak sukar juga trek trans Batu Putih ini kerana tidak ramai orang yang melaluinya.Kami pun berjalan dengan tabah dan tenangnya menghadapi waktu malam.Jika berjalan dalam hutan pada waktu malam anda perlu rapat antara sesama sendiri dan kurangkan menghala lampu suluh ke dalam belukar,takut ada binatang buas menghampiri.

Memang pada malam tu kami semua tidak tidur,teruskan berjalan demi untuk sampai ke parkir kereta.Pada 12.00 tghmalam,trek terputus kerana ada pokok tumbang.Jadi kami terpaksa menyondol belukar dan melalui kawasan tanah runtuh untuk mencari trek yang berdekatan dengan sungai,akhirnya jumpa juga.Selama 3 jam lebih juga kami berjalan di tepi sungai itu dan berehat sebentar untuk tidur di sebuah tempat lapang.Pada jam 6.00 pagi kami meneruskan perjalanan lagi dan melalui kawasan orang asli,secara tiba2 anjing2 menyalak kepada saya,saya apa lagi tutup lampu terus cabut,namun dipanggil oleh orang asli di situ yang menunjukkan saya jalan ke parkir kereta.

Fuhh lega,dah la saya seorang ja,then saya berjumpa kembali dengan kawan2 saya,kami berjalan merentasi sungai dan berehat sebentar bersama snickers.



Yeahhh sudah semakin hampir,kami melalui denai yang agak bersemak juga,betul2 melalui tepi sungai..

Muka macam jebon,rasa kalo jebon nampak pun bole lari ooo...haha,letih punya pasal,tapi best...
Bunyi desiran sungai di waktu pagi yang mengalir menenangkan fikiranku...

Yeahha...sudah sampai ke empangan Sungai Woh,syukur Alhamdulillahhh...lompat si katak lompat...



Dah sampai main air sungai dulu...sementara menunggu kawan2 lain sampai..lepastu membuta..haha,sekian itulah ekspidisi Trans Batu Putih,Terbaikkkk....

OK..Ini ringkasan Trans Batu Putih

Kampung Orang Asli - Campsite - Rumah Batu - Batu Dara(1447m) - Batu Bujang(1992m) - Batu Putih (2132m) - Sungai Terbunuh - Batu Kak(1848m) - Gua Azan - Gua Kambing - Kampung Orang Asli - Empangan Woh.

OK...Bye2..Jumpa lagi...😁

Penulis     : Nazmi
Fotografi  : Kak Ju
                   Freedie

No comments:

Post a Comment