Friday, February 17, 2017

Latihan Industri di Petronas Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda yang sudi singgah. Saya kali ni nak berkongsi pengalaman saya ketika menjalani latihan industri di Petronas Kuala Lumpur selama 5 bulan dari 1 Ogos 2016 hingga 16 Dec 2016. Actually,saya adalah student Oil & Gas Engineering di UiTM Shah Alam tapi saya intern sebagai Admin di Petronas. Jadi saya dapat mempelajari perkara baru sepanjang internship ini iaitu 'management'.


Haha...dulu masa kecik2 teringin sangat nak masuk Menara Petronas ni,akhirnya pada usia 22 dapat juga masuk dan bekerja di situ,hehe...Nak masuk bukan main masuk je tau,kena jumpa receptionist kat kaunter dan dapatkan 'access card',then kena lepasi kawalan security.Mula2 leceh tapi lama2 sudah biasa,hehe...Lif menara petronas ni banyak baq hang,first day saya datang melapor pening jugak haha,so the first assignment,study dulu lif ni pi mana,lif tu pi mana,hang pi mana...


Inilah meja tempat saya bekerja sebagai intern di dalam Menara Petronas. Petronas terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Upstream,Downstream dan PD&T.Jadi saya internship di bahagian Upstream,bahagian yang menguruskan tentang Exploration & Production,yang hangpa tengok pelantar minyak kat laut tu,haaaa gitu...Tapi department saya ini focus on pentadbiran dan kebajikan.


haaa..gambar tu ada tugas2 yang saya involve..ok.So first day tu Supervisor saya bawa keliling office untuk sesi kenal kenalan bersama staf2 di situ.Segan juga tapi cuba menebalkan muka,hehe..Tugas pertama saya adalah sebagai AutoCAD Operator gitu,kena measure keluasan bangunan tu dia,mula2 saya tak tau pun AutoCAD bole measure luas,nice sebab dpt belajar sesuatu yang baru..


Bergambar bersama sv saya,aziz berbaju putih,visiting lecturer Dr Rose berbaju merah dan baju putih bunga2 tu Kak Liyana juga sebagai sv saya. Best intern kat sini sebab staf dia sporting,hehe,makan pun best ooo...



Merenung di luar jendela,haha...maklumlah baru merasa masuk menara petronas,hehe...



Daripada tak pro terus pro guna AutoCAD beb,haha...penangan sebulan mengira keluasan punya pasal...mcm2 benda aku lukis...


Menghadiri talk pasal Platform & Pipeline installation,layanzzzz....


Bersiar2 kat KLCC Park,menenangkan minda di celah kesibukan kota Kuala Lumpur...


Menghadiri seminar tentang Geological Science,best,banyak juga belajar benda baru...



Masa ni saya tengah present latihan industri saya kepada supervisor dan lecturer.


Bergambar masa last meeting untuk tahun 2016,makan kek..


Menerima cenderahati daripada manager department saya,En Shefee...


Menyambut birthday salah seorang staf di situ...


Menerima cenderahati daripada general manager,last day katakan...sediyyy..

So,kepada anda yang bakal,menjalani latihan industri tu,cubalah apply petronas ni,inshaallah ada rezeki dapatlah kan.Dekat industri ni memang lain suasana dia berbanding kat universiti,haaa bak kata pepatah hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri..so manfaatkanlah latihan industri anda dengan berkenalan sesama staf,menghadiri seminar dan menimba pengalaman berharga.Ok,sekian...terima kasih.Bye2..


Ekspidisi Trans Batu Putih,Tapah,Perak

Assalamualaikum pembuka kata,
Selamat sejahtera penghulur bicara,

Terima kasih kepada anda yang sudi singgah di blog saya,salam persahabatan moga sihat senantiasa inshaallah. Kali ini saya nak cerita tentang xpdc pendakian Gunung Batu Putih yang terletak di Tapah,Perak terdiri daripada 3 buah gunung utama iaitu Gunung Batu Dara, Gunung Batu Bujang dan Gunung Batu Putih. Xpdc ini juga dikatakan sebagai kelapan tertinggi dan tercabar di semenanjung Malaysia.Jaraknya pula adalah 29km mengambil masa 3 hari 2 malam untuk menamatkannya.



Pada 9 Feb 2017, jam 11.00 malam kami bertolak daripada Shah Alam menuju ke R&R Tapah sementara menunggu esok paginya.Pada jam 8.00 pagi 10 Feb kami bergerak menuju ke Empangan Sungai Woh terletak di Kampung Orang Asli Pos Musoh.Kami tiba di trek permulaan pada jam 9.30 pagi dan terus bersiap.Kali ini kami diketuai oleh seorang guider bernama Firdaus,student UTHM.

Yang berbaju oren serta bertopi itulah Firdaus,guider kental baq hang.

Pada jam 11.00 pagi kami pun memulakan perjalanan daripada empangan Sungai Woh menuju ke destinasi pertama.Dengan gayanya serta gembiranya kami berjalan merentasi kampung orang asli dan dusun.






Setelah merentasi sebatang sungai dan dusun orang asli, kami mula memasuki trek yang sedikit menaik dalam 30 minit dan kemudian melalui lereng yang agak curam dan licin.Agak merbahaya juga, jadi anda perlu berpaut pada batang pokok dan buluh,jangan pegang duri pulak,menangis pulak nanti,haha...Pada jam 1.00 ptg kami tiba di 1st checkpoint dan makan disitu. Seronok kerana ada air terjun,tapi kelihatan merbahaya kerana airnya dalam.

Di sungai ini kami berehat sebentar untuk makan,solat dan mengisi air,bukan buang air eh,hehe...

Kemudian,pada jam 2.00ptg kami meneruskan perjalanan ke campsite tempat untuk kami bermalam. Trek pada awalnya santai dan dipenuhi rimbunan buluh,kemudian sedikit mencungak.Agak mencabar kerana treknya mencungak dan jauh namun tidak perlu risau,anda boleh berjumpa dengan banyak sumber air di sepanjang trek.Boleh dikatakan setiap 30 minit perjalanan kami akan berehat seketika untuk menunggu kawan2 di belakang.

Dengan penuh kesabaran mengharungi trek yang mencabar,kami akhirnya tiba di tapak perkhemahan pada jam 7.00 malam dan terus memasang ground dan flyers.Di situ terdapat sumber air di mana anda boleh mandi dan mengisi air serta membuang air,haha 😂 Macam biasa aktiviti malam,makan2,sembang2 kemudian membuta...

Keesokannya 11 Feb jam 9.00 pagi,kami mengemaskan barang dan bergerak menuju ke Puncak Batu Dara.Pada 10.00 pagi kami berehat sebentar di sebuah rumah batu untuk menunggu kawan2 di belakang.

Di dalam rumah batu ini ada kepala kambing sudah hangus,sapa ntah yg mentekedarah,haha...

Kemudian, kami meneruskan perjalanan menuju ke Puncak Batu Dara yang terletak hanya 1 jam dari situ.Melalui trek yang mencungak dan perlu memanjat sedikit akhirnya kami tiba di Puncak Batu Dara 1447m pada 11.00 pagi.

 View daripada puncak Batu Dara,ada pelangi beb...

 Bergambar ala2 hindustanhe, kiya ho ta hei del pagel he....

Berselfie secara berjemaah di atas puncak dihiasi alunan kabus pagi...

Setelah selesai adegan di atas puncak,kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Puncak Batu Bujang yang mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai. Tu dia sejuk baq hang, suhu pada sekitar 18 darjah celcius.Perjalanan menuju ke puncak Batu Bujang melalui hutan mossy,syok uuu...hijau pandangan tenang hati...



Sepanjang trek perlu berhati2 kerana terdapat struktur tanah yang tidak kuat akan menyebabkan anda terjatuh dalam lubang kecil,tapi ada aku kesah,haha,kasi langgar wal bedal aja...Pada jam 2.00 ptg, kami tiba di Puncak Batu Bujang berketinggian 1922m suhu sekitar 16 darjah celsius.Suasana sekeliling agak berkabus.

 Seorang bujang sedang memegang signboard Puncak Batu Bujang 1922 meter.

Dah nape pandang belakang buat peace,haha...

Makan2,lepak2,solat jamak Zohor & Asar,then bersiap sedia pula untuk meneruskan perjalanan yang memakan masa 4 jam lebih menuju ke Puncak Batu Putih. Yeahh come on, Gunung Batu Putih memanggil seru hatiku ini.Melalui laluan tumbuhan mossy dan persekitaran lembap menyebabkan badan kami tidak memerlukan banyak air,so bole la nak jimat air supaya dapat digunakan ketika di Puncak Batu Putih nanti.


Tumbuhan Mossy menghiasi sepanjang trek,so just rileks and cool,OK...

Dalam 1 jam lebih perjalanan, kami berehat sebentar di bawah sebuah batu. Angin mulai bertiup kencang dan suhu mencecah 14 darjah celcius membuat kami menggigil kesejukan.


Rileks dulu...sejuk baq hang daripada x lawas terus lawas kincinvera haha 😂

Kemudian kami pun meneruskan perjalanan dengan gagahnya.Singgah sebentar di sebuah sungai kecil untuk mengisi air bagi kegunaan memasak atas puncak,uppss jangan lupa,keperluan sendiri juga,hehe...Dalam pukul 7.15 malam kami semua selamat tiba di Puncak Batu Putih berketinggian 2132m suhu 10 darjah celsius dan angin bertiup kencang.Pasang flyers,ground dan siapkan apa yang patut then pakat membuta habis tinggal akak kantin yang memasak,hehe...lpastu bangun mentekedarah sat then sambung tidoq,tak fikir apa dah sejuk ka apa ka janji dapat membuta...

Keesokan paginya 12 Feb saya menggagahkan diri untuk bangun,yeahhaa..melompat2 saya sebab nak hilangkan rasa sejuk,apalagi sesi bergambar lah bro...

 Lawa beb view...nampak awan berlalu dengan sayunya di waktu pagi,kelihatan saujana kawasan Tapah dan Ulu Kinta.
Semua acah acah tak sejuk,padahal menggigilzz giles...

Kemudian pada jam 9.30 kami bersiap untuk ke destinasi seterusnya iaitu Puncak Batu Kak.Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih juga untuk ke Batu Kak dan akan singgah di sebatang sungai.Trek menurun curam dalam 1 jam juga dan akan bertemu dengan sebuah persimpangan,kanan ke Sungai Terbunuh dan terus ke Batu Kak,lek lu bro...kita pi usha sungai sat nah...

Inilah yang dinamakan Sungai Terbunuh sebab mmg rasa nak terbunuh untuk turun ke sini.

Ingatkan boleh mandi,tapi mak datuk sejuk giles,kalo mandi confirm tak nak gerak dah lepas ni,haha...So kami pun naik balik ke persimpangan,rehat2 kejap dan meneruskan perjalanan.Dapat rasa suhu sekeliling kembali suam seperti biasa,lega rasanya...pada jam 2.00 ptg kami tiba di Batu Kak...

 Bersama Kak Ju yang menjadi photographer sepanjang perjalanan,haha...


Untuk naik ke Puncak Batu Kak,kena panjat tangga kayu buatan asli terbaik dari ladang,risau jugak tapi kasi layan ja,haha...




Selesai berehat kami meneruskan perjalanan ke checkpoint seterusnya iaitu Gua Azan.Dalam 1 jam lebih juga untuk sampai ke sana.Trek agak santai juga di mana ada naik ada turun...Pada pukul 3.00 ptg kami sampai di Gua Azan untuk berehat,makan dan solat.

Beginilah Gua Azan,pandai akak ni edit,kreatif dan inovatif,haha...ada waterpoint juga berdekatan.

Syok uuu..nak bermalam kat sini pun bole..

Dah mentekedarah maggi dan nasi,kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke tempat parkir kereta yang dianggarkan akan sampai pada pukul 7.00 malam.Namun trek putus menyebabkan kami tersasar jauh melalui trek yang salah.Best jugak dapat naik bukit mencungak 60 darjah selama 1 jam setengah,then turun balik,slim world beb,haha...

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 ptg jadi kami pun memasang headlamp untuk menghadapi waktu malam.Pada jam 7.00 malam kami bergerak melalui jalan yang benar.Melalui lereng bukit yang curam pada waktu malam agak mencabar dan merbahaya,perlu berhati2 dan berpaut pada batang dan akar pokok.Agak sukar juga trek trans Batu Putih ini kerana tidak ramai orang yang melaluinya.Kami pun berjalan dengan tabah dan tenangnya menghadapi waktu malam.Jika berjalan dalam hutan pada waktu malam anda perlu rapat antara sesama sendiri dan kurangkan menghala lampu suluh ke dalam belukar,takut ada binatang buas menghampiri.

Memang pada malam tu kami semua tidak tidur,teruskan berjalan demi untuk sampai ke parkir kereta.Pada 12.00 tghmalam,trek terputus kerana ada pokok tumbang.Jadi kami terpaksa menyondol belukar dan melalui kawasan tanah runtuh untuk mencari trek yang berdekatan dengan sungai,akhirnya jumpa juga.Selama 3 jam lebih juga kami berjalan di tepi sungai itu dan berehat sebentar untuk tidur di sebuah tempat lapang.Pada jam 6.00 pagi kami meneruskan perjalanan lagi dan melalui kawasan orang asli,secara tiba2 anjing2 menyalak kepada saya,saya apa lagi tutup lampu terus cabut,namun dipanggil oleh orang asli di situ yang menunjukkan saya jalan ke parkir kereta.

Fuhh lega,dah la saya seorang ja,then saya berjumpa kembali dengan kawan2 saya,kami berjalan merentasi sungai dan berehat sebentar bersama snickers.



Yeahhh sudah semakin hampir,kami melalui denai yang agak bersemak juga,betul2 melalui tepi sungai..

Muka macam jebon,rasa kalo jebon nampak pun bole lari ooo...haha,letih punya pasal,tapi best...
Bunyi desiran sungai di waktu pagi yang mengalir menenangkan fikiranku...

Yeahha...sudah sampai ke empangan Sungai Woh,syukur Alhamdulillahhh...lompat si katak lompat...



Dah sampai main air sungai dulu...sementara menunggu kawan2 lain sampai..lepastu membuta..haha,sekian itulah ekspidisi Trans Batu Putih,Terbaikkkk....

OK..Ini ringkasan Trans Batu Putih

Kampung Orang Asli - Campsite - Rumah Batu - Batu Dara(1447m) - Batu Bujang(1992m) - Batu Putih (2132m) - Sungai Terbunuh - Batu Kak(1848m) - Gua Azan - Gua Kambing - Kampung Orang Asli - Empangan Woh.

OK...Bye2..Jumpa lagi...😁

Penulis     : Nazmi
Fotografi  : Kak Ju
                   Freedie

Wednesday, February 15, 2017

Ekspedisi Pendakian Trans Jerging,Cameron Highlands.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... kepada anda yang singgah ke blog saya. Kali ini saya akan menceritakan tentang xpdc pendakian Trans Jerging yang melibatkan 4 gunung iaitu Gunung Suku, Irau, Yellow dan Pass. Trans Jerging ini terletak di sempadan antara Simpang Pulai dan Cameron Highland di mana permulaan trek terletak hanya bersebelahan dengan Lebuhraya Timur Barat 2.

Pada 7 Oct 2016 kami bertolak daripada Shah Alam pada pukul 12.00 dan sampai di trek permulaan pendakian pada pukul 4.00 pagi Setelah sampai, kami diberi taklimat ringkas tentang pendakian yang berlansung selama 2 hari 1 malam ini oleh seorang guider kami. Seperti biasa jika kita mahu masuk ke dalam hutan pasti ada perkara yang perlu dipatuhi seperti kebersihan, komunikasi, keselamatan dan seumpamanya. Kemudian kami pun bersiap sedia dengan mengangkat beg masing2 dan menuju ke trek pendakian.

Beginilah suasana permulaan trek pada waktu siang (Credit to Ching Neng Bin)

Cuaca agak kelam ketika itu iaitu pada pukul 5.00 pagi, suhu sekeliling dalam lingkungan 21 darjah celcius. Kami mula bergerak melalui denai trek pendakian yang menuju ke puncak Gunung Suku, masing2 menjaga jarak antara satu sama lain agar tidak terlampau jauh kerana suasana agak kelam. Pendakian berjalan dengan agak lancar sekali, sambil berjalan sambil menghirup udara segar hutan...aaahhh,nyaman gitew,hehe... Pada permulaan,trek hanya landai dalam 30 minit dan selepas itu trek mulai mencungak 65 darjah mengikut agakan saya,hehe... Kami mendaki trek yang cungak itu dengan berpaut pada akar dan batang pokok yang kukuh, hati2 jangan berpaut pada duri pulak, rosak tangan uoollss. Pada pukul 7 pagi, kami sampai ke tempat rehat supaya masing2 dapat berehat, makan dan solat subuh. Sambil2 tu boleh la saya membuat lawak dan berceramah al karut wal marut saya,haha...sekadar menghibur hati yang lara kerna mengikuti xpdc ini.



Kemudian kami pun meneruskan perjalanan menuju ke puncak Suku dengan gembiranya.. trek menurun dalam 15 minit dan mulai mendaki semula selepas itu. Seronok perasaan sebab dapat melihat pokok2 hutan, mendengar bunyian hutan yang awesome, tenang tolingo den mondonganyo. Tumbuhan sekeliling mulai berubah disebabkan kami telah mendaki melebihi paras 1200m, saya dengan jakunnya bak kata oghang kedah mencium daun2 sekeliling,haha... ada antara kami yang membuka radio untuk menghibur hati mendengar lagu. Trek agak mencungak juga dalam 70 darjah,sehingga kami terpaksa meredah kawasan tanah runtuh yang terjadi akibat musim hujan, agak merbahaya sedikit kerana kami perlu melalui batuan licin dan berpaut pada tali yang disediakan, kemudian selepas itu kami memasuki zon mossy forest,syok uuu... agak mencabar trek kali ini kerana ia bukan sekadar mencungak dan curam, tapi anda perlu merangkak,mengengsot dan memanjat dahan2 pokok mossy yang melintang di tengah trek,tu diaa baq hang.



Selepas itu kami tiba di 'puncak tipu' di mana kami dapat melihat puncak Gunung Suku yang semakin hampir, sepanjang hampir ke puncak Suku, anda dikelilingi tumbuhan renek dan berbunga yang bisa ku petik kuntumannya utk dihadiahkan kepada srikandi cintaku chewahh.. Yeayyy saya tiba di puncak Suku berketinggian 1797m/5896ft pada pukul 9.30 pagi, setelah menjerit,melompat dan bergambar, saya pun makan tengahhari sambil menunggu kawan2 lain sampai sambil sembang2 dengan brader dan sista guider.





Pada pukul 12.00 tengahhari kami pun bergerak turun dari Puncak Suku menuju ke checkpoint seterusnya iaitu Kem Bear di mana kami bole mengisi air di situ. Trek untuk turun dari puncak Suku agak mencabar kerana dipenuhi batu,dahan berduri dan sangat curam. Setelah 20 minit barulah trek mulai santai sedikit dan menurun sehingga ke Kem Bear, bole nampak ada sebuah ladang sayuran sepanjang trek menuju ke Kem Bear, kemudian saya pun tiba di Kem Bear pada pukul 2.30 ptg dan terus ke waterpoint berhampiran bagi mengisi air keperluan 'kompeni'. Kami berehat seketika di situ sambil makan dan minum, buat lawak, membuta dan sebagainya...

Beginilah rupa Kem Bear, anda boleh bermalam di sini. (Credit to Ee Lic)

Pada pukul 4.00 ptg, kami semua mengemaskan 'ground' dan berangkat menuju ke puncak Gunung Irau yang mengambil masa 2 jam lebih, trek kali ini agak mencabar juga sebab berlecak dan licin, ramai juga antara kami yang tergelincir..syok uuu.. dalam sejam kami berjalan dan berehat sebentar di sebuah tempat lapang untuk membuat persediaan menghadapi waktu malam, headlamp,torchlight dan ponco ready to action. Sepanjang perjalanan dipenuhi tumbuhan mossy yang cantik dan agak annoying juga sebab kena merangkak dan memanjat dahan2.




Trek menaik dan menurun..sama macam harga minyak naik dan turun tapi banyak naik je,hehe... hampir sampai ke puncak, trek agak mencungak,kali ini diselitkan pula dengan dahan2 mossy dan buluh2 yang menyemak di tengah trek,segala skill melompat,memanjat,merangkak,mengengsot semua kluaq,sempoii baq hang. Finally,pada pukul 6.50 ptg sampai jua daku ke puncak idaman, Puncak Irau berketinggian 2110m suhu sekitar 13 darjah celcius, dapat rasakan badan saya makin slim gitteww..bergambar,melihat keindahan alam ciptaan Allah S.W.T dan sempat bersembang dengan 2 orang india yang juga bermalam di situ menghilangkan sedikit kedinginan puncak yang hening chewwaahh...Disitu juga terdapat batu penanda yang memisahkan negeri Perak dan Pahang.



Setelah semua sampai, kami pun memasang flyers dan ground, acik kantin yang bersenjatakan sudip dan periuk sedang menyediakan makanan malam untuk kami. Tinggal beberapa orang termasuk sweeper yang masih belum sampai, dianggarkan mereka sampai pada 9-10 malam. Bila flyers,ground tempat tido semua dah siap,apa lagi..kasi serbu la,membuta..siap ada yang berdengkuq lagi baq hang..haha,sampai pukul 4.30 pagi saya pun bangun,rileks je dengan pakai baju lengan pendek,berselipar jepun keluar dari khemah untuk mencari makanan,hehe,masa tu suhu sekitar 10 darjah celcius. minum2 kopi sambil bersembang dengan abang Sham dan kak Azza untuk menghilangkan kesejukan malam. Kemudian pada pukul 8.00 pagi, kami bersiap sedia untuk bergerak ke Puncak Yellow pula, bergambar,melompat2 mcm biasa,tolong tangkap gambaq orang,haha..kami pun bergerak ke destinasi seterusnya,yehhaaa...




Perjalanan ke Puncak Yellow agak santai juga kerana trek menurun dalam 30 minit dan naik sikit,turun,naik,turun sampai lebam,huhu...sebelum sampai ke puncak Yellow, kami melalui ladang sayuran berhampiran dan naik mencungak 80 darjah sehingga tiba di puncak Yellow 1667m pada 11.00 pagi, tu dia..view lawa beb,nampak awan2 berarak bagaikan kapal pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka. Kami berehat dan makan tengahhari,buat lawak jenakan menghiburkan hati..cuaca memang agak mendung sepanjang hari namun hanya gerimis mengundang.



Pada jam 1.30 kami bergerak menuju ke last destination, Puncak Pass. Trek agak santai namun perjalanan kali ini agak jauh,mengambil masa selama 5 jam juga untuk sampai ke puncak. Cuaca agak lembab dan berlaku hujan lebat seketika, agak banyak puncak tipu yang perlu dilepasi dan trek juga sedikit berlecak. Pada pukul 5.30ptg saya tiba di Puncak Pass berketinggian 1587m. Berehat sebentar dan bergambar, sempatlah bersembang dengan brader2 dan aweks dari grup lain,haha..then meneruskan perjalanan ke last checkpoint, tempat berkumpul semua pendaki untuk ke tempat parking kereta.





Yeahhh...pada pukul 7.00 malam saya tiba di pengakhiran trek, dan berehat sementara menunggu kawan2 yang lain sampai. Pada pukul 8.30 malam kami semua selamat tiba dan berkumpul untuk memastikan semua selamat.Alhamdulillah...