Friday, December 14, 2018

Kelas AutoCAD 2D & 3D Terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua sahabat2 saya yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni. Jom sama2 kita menelaah blog ni ye.


Alright, pada entry kali ini saya nak share sikit tentang kelas AutoCAD 2D & 3D hasil kolaborasi bersama rakan saya Aizat Farhan daripada Oil and Gas Master Malaysia yang setakat ini mendapat sambutan daripada ramai pelajar dan pekerja daripada industri engineering, construction, architecture dan juga design.



Untuk kelas AutoCAD 2D & 3D ni, saya membawa banyak kelainan dari kelas2 AutoCAD lain di Malaysia. Nak tau sebab apa? Okay first sbb jarang orang yang tau AutoCAD bole buat 3D, second sebab saya include pelbagai topik2 menarik merangkumi banyak bidang, lastly dapat e-book percuma yang ditulis padat dengan isi2 bermanfaat oleh saya inshaallah.


Haaa...sebagai mana yang anda lihat diatas, memang padat, sensasi dan terkini content2 yang saya masukkan dalam training AutoCAD 2D & 3D ni, thorrbaikkk. Ada buat rumah, electrical, mechanical, dan macam2 lagi.

Para peserta sedang mempraktikkan lukisan 2D electrical diagram. Mudah, simple dan ringkas katanya. Moga2 ye hehe.

Tugas saya sebagai trainer bukan sekadar mengajar, tetapi juga perlu membimbing para peserta kelas untuk transform mereka daripada zero ke hero dalam AutoCAD Drafting & Modeling ni. No problem, semestinya yang terbaik dari ladang.

After lunch, dah kenyang perut sembang2 kopi sikit dengan para peserta, kita sambung pula dengan slot 3D Modeling, haaa...kali ni kita buat model rumah, ni antara student saya yang perform buat rumah ni, tingkap rumah clear sampai orang luar boleh intai dalam rumah tu haha.



Haa...lepas buat model rumah, kita balun buat piping modeling pulak. Kali ni para peserta perlu buat piping, valve, pressure vessel dan juga storage tank. Ala2 orang minyak gitu, eh silap, jurutera minyak, oil & gas, chemical, petrochemical dll.

After habis kelas, student2 akan diberikan e-book percuma yang saya tulis selama 7 hari 7 malam, dah macam bertapa pula ye hehe. E-book ini merangkumi 10 topik, daripada basic 2D drafting sampai advanced 3D modeling. Moga memberi manfaat untuk anda semua, aminnn.

Okay itu sahaja setakat ini perkongsian yang happy2 dari saya about kelas AutoCAD 2D & 3D ni. Jadi kepada anda yang berminat nak belajar, tunggu apa lagi? Bole roger2 pada no yang tertera di bawah ye. Moga Success Selalu. All The Best!!!


Nazmi Ismail
AutoCAD 2D & 3D Trainer
Autodesk Certified Professional: AutoCAD
H/P: 0123405883/0162679061
YouTube Channel: Nazmi Ismail / Oil and Gas Master




Thursday, November 29, 2018

AUTODESK CERTIFIED PROFESSIONAL EXAM MALAYSIA

Assalamualaikum wbt & apa khabar sahabat2 sekalian. Entry kali ni nak cerita sikit pasal pengalaman menduduki Autodesk Certified Professional Examination untuk AutoCAD software.


Saya sudah memiliki 3 tahun pengalaman dalam AutoCAD membuat lukisan pelan 2D dan juga 3D Modeling. Jadi saya tekad untuk dapatkan Autodesk Certified Professional ni.

Okay sy nak tunjuk sikit syarat2 yang diperlukan untuk mengambil Autodesk Certified Professional ni. Perlu tahu menggunakan AutoCAD version 2015 and above adalah syarat utama.

Gambar kat atas bgtau cara2 untuk dapatkan Autodesk Certified Professional: AutoCAD ni.
Haaa... Yang ni pula antara skills2 atau teknik2 AutoCAD yang perlu anda kuasai. Tak tahu jgn risau, boleh belajar, pape roger sy haha gurauuu.

Saya juga ada attend personal coaching dengan Trainer Autodeks, nama dia Kak Arina, alhamdulillah dia byk juga guide sy utk pass examination ni.

Practice make perfect! Saya mmg practice habis habisan lah, sbb semangat punya pasal hahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Saya ambil exam ni dkt Prestariang System Sdn Bhd, Autodesk Authorized Training Center kt Cyberjaya. Pagi tu pekena teh tarik mamak dulu bohh.

Kemudian saya pun sit lah exam tu selama 2 jam sambil diawasai oleh pengawas peperiksaan. Tu dia dah macam ambik SPM dah Gaya haha. Sy pun jawab dengan penuh ketekunan & dedikasi.

Exam dia kena baca instructions kt kertas soalan, then practice kt AutoCAD software, then key in jawapan dalam kertas soalan tu. Yeayyy, finally sy berjaya tamatkan exam dengan cemerlang!!!

Jadi inilah result AutoCAD Certified Professional saya, alhamdulillah dapat full mark yeayyy!!! Hasil after practice jawab soalan contoh exam lebih sepuluh kali hahaπŸ˜‚

Lepas tu, sy juga dapat Certificate drpd Autodesk, as Autodesk Certified Professional: AutoCAD® yang ditandatangani oleh CEO Autodesk.

Jadi boleh lah saya letak kat profile, sijil, resume or business card saya Autodeks Certified Professional ni. Baru highly marketability kat Industry dan juga di arena AutoCAD Training & Consultancy as Professional Trainer.

https://www.youracclaim.com/badges/07fc6b08-1490-44be-b434-c9e25cf27a2b/facebook

Boleh klik pada link diatas untuk go through sy punya Autodesk Certified Professionals. Insha'Allah lepas ni bole buat untuk Revit & SOLIDWORKS pula aminn.


Jadi kesimpulannya, jangan pernah putus asa dalam mengejar impian kita. Benda baik yang kita nak, pasti akan dapat, jd sy wish All The Best for you allπŸ‘ Goodluck!!!

NAZMI ISMAIL
AUTOCAD 2D & 3D TRAINER
AUTODESK CERTIFIED PROFESSIONAL
Tel: 0123405883


Thursday, August 23, 2018

Cara Download AutoCAD Full Version Latest untuk Student

Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera.

Pada entry kali ni saya nak tunjukkan cara download AutoCAD Full version latest untuk student2 yang nak belajar dan gunakan AutoCAD.

Penting AutoCAD ni bukan sekadar untuk buat assignment kat Universiti je, tapi untuk kegunaan di Industri, especially untuk menjadi engineer, architect & drafter/designer.

Alright jom kita ke step #1: Taip Autodesk kat Google.

Step #2: Masuk ke website Autodesk tu. Then klik pada icon biru kat belah atas kanan sekali. Klik pada 'Student & Educators'.

Step #3: Pergi ke 'Download free software's dan klik 'learn more'.

Step #4: Klik AutoCAD. Ada software2 lain juga kalo nak try hehe.

Step #5: Klik kat 'create account' untuk buat akaun Autodesk baru anda. Jika anda bukan student atau pengajar, bole klik pada 'Get the free trial'.

Step #6: Dah settle register akaun, klik pula kat 'download now'.

Step #7: Pilih version, operating system, language yang sesuai haha, jangan pi select Spain pulak jenuh sat gi.


Dan step last sekali, boleh install AutoCAD full version yang korang nak tu. Settle. Korang akan dapat serial number, activation code & 3 years license daripada Autodesk. So enjoy okay....πŸ‘

Nazmi Ismail
Autodesk Certified Professional: AutoCAD

Segala maklumat mengenai:
-Kelas AutoCAD 2D & 3D
-Khidmat Lukisan Pelan 2D & 3D Modeling

Sila hubungi saya di:
☎️ 0123405883 (Nazmi Ismail)
πŸ“§ nazmi.designengineering@gmail.com
🌐 FB Page: NF Design and Engineering

Thursday, August 9, 2018

Perkhidmatan Elektrikal & Lukisan Pelan Untuk Anda.

Salam sejahtera!πŸ‘‹

Anda memerlukan perkhidmatan Elektrikal & Mekanikal???
Anda memerlukan perkhidmatan Lukisan Pelan & 3D Modeling???

Kami Alphard Engineering (SA0201654-V) sedia untuk membantu anda di rumah, pejabat, kedai, sekolah, kilang dan banyak lagi. πŸ’―



Antara servis2 yang kami sediakan: πŸ‘

✔️Pendawaian, pemasangan elektrikal
✔️Membaiki, troubleshoot, maintenance
✔️Air-conditioning
✔️Sistem CCTV, MATV, Telefon
✔️Kabel bawah tanah, lampu jalan, infra
✔️Low voltage domestik & industri
✔️Lukisan pelan rumah, elektrikal, mekanikal, 3D Modeling Design
✔️Kerja2 pembersihan pejabat.

Gambar PROJEK2 yang kami uruskan πŸ‘‡

Pemasangan Sistem Perlindungan Kilat
Pemasangan & penyelenggaraan Distribution Boards
Pemasangan lampu gudang/kilang
Memasang lampu jalan/kawasan
Memasang kabel bawah tanah.
Lukisan pelan rumah.
Pendawaian dan Pemasangan Elektrikal untuk kediaman, komersial, sekolah, bangunan, kilang dan gudang.


Sebarang pertanyaan dan maklumat sila hubungi:

Tel:      012-3405883
Email: nazmiismail.eiuitmsc@gmail.com
FB:      NF Drafting & Engineering.

Sunday, March 19, 2017

Peak Garden Setia Alam Hiking Trail



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka di tengah kesibukan bandar Shah Alam terdapat trek pendakian yang dinamakan sebagai Peak Garden Community Trail. Trek ini terletak bersebelahan dengan Setia Eco Park.

Lokasi Peak Garden Community Trail berdekatan dengan Setia Eco Park, Setia Alam
Bersebelahan dengan Setia Eco Park, anda dapat melihat ada tangki air dan kawasan lapang, di situ adalah trek permulaan menuju ke Peak Garden.




Terdapat sebuah tasik pada permulaan trek, airnya biru kehijauan nampak seperti tasik di Tadom Hill, Banting. Ada sekumpulan kanak2 sedang bermain air di situ. Ramai juga yang mendaki di sini pada hujung minggu, jadi jika anda tidak tahu nak lalu trek mana boleh la bertanya pada pendaki2 disitu, malu bertanya sesat jalan tau...


Trek pendakian agak terbuka kerana sudah ramai yang lalu di sini, kelihatan juga ada yang berlari seolah2 berlari di trek landai.


Trek agak landai pada 20 minit pertama, kemudian trek mulai sedikit mencungak sehingga tiba di puncak.





Akhirnya kami tiba di puncak Peak Garden, di atas puncak ini dapat dilihat pemandangan Puncak Perdana, Shah Alam dan Damansara.



Ramai juga pendaki2 di atas puncak Peak Garden ni, kebanyakannya adalah penduduk setempat dan ada juga yang datang dari jauh. Selesai bergambar, makan2 sikit kami pun turun untuk pulang ke rumah...

Saturday, March 4, 2017

Rekreasi Santai Bukit Saga & Air Terjun


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Kali ini saya nak berkongsi tentang pendakian Bukit Saga yang terletak di pinggir pekan Ampang, Selangor. Bukit Saga berketinggian 581 m mengambil masa selama 40 minit untuk tiba di puncak.


Trek permulaan Bukit Saga terletak di Taman Saga, Ampang. Di sini anda  dapat melihat banyak lori, kabin dan jentera berat, kerana trek ke Bukit Saga akan melalui kawasan pembinaan terlebih dahulu. Trek pada mulanya landai ketika melalui trek lori balak, kemudian terus mencungak hingga ke puncak dalam 40 minit.


Kemudian kami selamat tiba di puncak Bukit Saga dan berehat seketika. Untuk menuju ke waterfall daripada puncak Bukit Saga mengambil masa 1 jam 30 minit. Trek untuk ke waterfall banyak menaik dan menurun. Ada signboard dan anak panah pada batang pokok berhampiran setiap simpang menuju ke waterfall. Perlu berhati2 juga untuk menuruni trek yang curam kerana trek agak licin mungkin disebabkan oleh hujan lebat terutama sekali pada waktu petang hampir setiap hari.


Setelah tiba di waterfall, kami membentangkan ground untuk makan dan minum sebelum membasahkan badan,hehe...


Air terjun Bukit Saga ini popular kerana keunikannya di mana air mengalir melalui tebing batu membentuk air terjun.


Selesai bermandi manda dan berselfie, kami mengemaskan barang masing2 dan berangkat untuk pulang. Kali ini kami melalui trek yang berlainan iaitu melalui Saga Hill Top Rest Area.


Saga Rest Area ini terdapat kemudahan istirahat dan beriadah yang disediakan seperti buaian, papan gelongsor dan banyak lagi. Kemudian kami bergerak menuju ke parkir kereta, trek menurun sehingga ke tempat parkir kenderaan.

Bukit Saga ini lebih sesuai untuk dijadikan trek kecergasan atau trek latihan untuk mereka yang baru mahu menjinakkan diri dengan dunia pendakian seperti saya.