Thursday, August 23, 2018

Cara Download AutoCAD Full Version Latest untuk Student

Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera.

Pada entry kali ni saya nak tunjukkan cara download AutoCAD Full version latest untuk student2 yang nak belajar dan gunakan AutoCAD.

Penting AutoCAD ni bukan sekadar untuk buat assignment kat Universiti je, tapi untuk kegunaan di Industri, especially untuk menjadi engineer, architect & drafter/designer.

Alright jom kita ke step #1: Taip Autodesk kat Google.

Step #2: Masuk ke website Autodesk tu. Then klik pada icon biru kat belah atas kanan sekali. Klik pada 'Student & Educators'.

Step #3: Pergi ke 'Download free software's dan klik 'learn more'.

Step #4: Klik AutoCAD. Ada software2 lain juga kalo nak try hehe.

Step #5: Klik kat 'create account' untuk buat akaun Autodesk baru anda. Jika anda bukan student atau pengajar, bole klik pada 'Get the free trial'.

Step #6: Dah settle register akaun, klik pula kat 'download now'.

Step #7: Pilih version, operating system, language yang sesuai haha, jangan pi select Spain pulak jenuh sat gi.


Dan step last sekali, boleh install AutoCAD full version yang korang nak tu. Settle. Korang akan dapat serial number, activation code & 3 years license daripada Autodesk. So enjoy okay....👍

Nazmi Ismail
Autodesk Certified Professional: AutoCAD

Segala maklumat mengenai:
-Kelas AutoCAD 2D & 3D
-Khidmat Lukisan Pelan 2D & 3D Modeling

Sila hubungi saya di:
☎️ 0123405883 (Nazmi Ismail)
📧 nazmi.designengineering@gmail.com
🌐 FB Page: NF Design and Engineering

Thursday, August 9, 2018

Perkhidmatan Elektrikal & Lukisan Pelan Untuk Anda.

Salam sejahtera!👋

Anda memerlukan perkhidmatan Elektrikal & Mekanikal???
Anda memerlukan perkhidmatan Lukisan Pelan & 3D Modeling???

Kami Alphard Engineering (SA0201654-V) sedia untuk membantu anda di rumah, pejabat, kedai, sekolah, kilang dan banyak lagi. 💯



Antara servis2 yang kami sediakan: 👍

✔️Pendawaian, pemasangan elektrikal
✔️Membaiki, troubleshoot, maintenance
✔️Air-conditioning
✔️Sistem CCTV, MATV, Telefon
✔️Kabel bawah tanah, lampu jalan, infra
✔️Low voltage domestik & industri
✔️Lukisan pelan rumah, elektrikal, mekanikal, 3D Modeling Design
✔️Kerja2 pembersihan pejabat.

Gambar PROJEK2 yang kami uruskan 👇

Pemasangan Sistem Perlindungan Kilat
Pemasangan & penyelenggaraan Distribution Boards
Pemasangan lampu gudang/kilang
Memasang lampu jalan/kawasan
Memasang kabel bawah tanah.
Lukisan pelan rumah.
Pendawaian dan Pemasangan Elektrikal untuk kediaman, komersial, sekolah, bangunan, kilang dan gudang.


Sebarang pertanyaan dan maklumat sila hubungi:

Tel:      012-3405883
Email: nazmiismail.eiuitmsc@gmail.com
FB:      NF Drafting & Engineering.

Sunday, March 19, 2017

Peak Garden Setia Alam Hiking Trail



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka di tengah kesibukan bandar Shah Alam terdapat trek pendakian yang dinamakan sebagai Peak Garden Community Trail. Trek ini terletak bersebelahan dengan Setia Eco Park.

Lokasi Peak Garden Community Trail berdekatan dengan Setia Eco Park, Setia Alam
Bersebelahan dengan Setia Eco Park, anda dapat melihat ada tangki air dan kawasan lapang, di situ adalah trek permulaan menuju ke Peak Garden.




Terdapat sebuah tasik pada permulaan trek, airnya biru kehijauan nampak seperti tasik di Tadom Hill, Banting. Ada sekumpulan kanak2 sedang bermain air di situ. Ramai juga yang mendaki di sini pada hujung minggu, jadi jika anda tidak tahu nak lalu trek mana boleh la bertanya pada pendaki2 disitu, malu bertanya sesat jalan tau...


Trek pendakian agak terbuka kerana sudah ramai yang lalu di sini, kelihatan juga ada yang berlari seolah2 berlari di trek landai.


Trek agak landai pada 20 minit pertama, kemudian trek mulai sedikit mencungak sehingga tiba di puncak.





Akhirnya kami tiba di puncak Peak Garden, di atas puncak ini dapat dilihat pemandangan Puncak Perdana, Shah Alam dan Damansara.



Ramai juga pendaki2 di atas puncak Peak Garden ni, kebanyakannya adalah penduduk setempat dan ada juga yang datang dari jauh. Selesai bergambar, makan2 sikit kami pun turun untuk pulang ke rumah...

Saturday, March 4, 2017

Rekreasi Santai Bukit Saga & Air Terjun


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Kali ini saya nak berkongsi tentang pendakian Bukit Saga yang terletak di pinggir pekan Ampang, Selangor. Bukit Saga berketinggian 581 m mengambil masa selama 40 minit untuk tiba di puncak.


Trek permulaan Bukit Saga terletak di Taman Saga, Ampang. Di sini anda  dapat melihat banyak lori, kabin dan jentera berat, kerana trek ke Bukit Saga akan melalui kawasan pembinaan terlebih dahulu. Trek pada mulanya landai ketika melalui trek lori balak, kemudian terus mencungak hingga ke puncak dalam 40 minit.


Kemudian kami selamat tiba di puncak Bukit Saga dan berehat seketika. Untuk menuju ke waterfall daripada puncak Bukit Saga mengambil masa 1 jam 30 minit. Trek untuk ke waterfall banyak menaik dan menurun. Ada signboard dan anak panah pada batang pokok berhampiran setiap simpang menuju ke waterfall. Perlu berhati2 juga untuk menuruni trek yang curam kerana trek agak licin mungkin disebabkan oleh hujan lebat terutama sekali pada waktu petang hampir setiap hari.


Setelah tiba di waterfall, kami membentangkan ground untuk makan dan minum sebelum membasahkan badan,hehe...


Air terjun Bukit Saga ini popular kerana keunikannya di mana air mengalir melalui tebing batu membentuk air terjun.


Selesai bermandi manda dan berselfie, kami mengemaskan barang masing2 dan berangkat untuk pulang. Kali ini kami melalui trek yang berlainan iaitu melalui Saga Hill Top Rest Area.


Saga Rest Area ini terdapat kemudahan istirahat dan beriadah yang disediakan seperti buaian, papan gelongsor dan banyak lagi. Kemudian kami bergerak menuju ke parkir kereta, trek menurun sehingga ke tempat parkir kenderaan.

Bukit Saga ini lebih sesuai untuk dijadikan trek kecergasan atau trek latihan untuk mereka yang baru mahu menjinakkan diri dengan dunia pendakian seperti saya.

Sunday, February 26, 2017

Trip Bukit Broga & Gunung Tok Wan



Assalamualaikum & salam sejahtera. Bukit Broga (400m) & Gunung Tok Wan (675m) terletak di Semenyih, Selangor. Bukit Broga merupakan tempat pendakian yang sangat popular dalam kalangan pendaki2 di Malaysia kerana ia sangat mudah didaki & mempunyai 'view' yang cantik.


25 Feb 2017....Pendakian kami bermula pada jam 3.00 pagi dengan menyelusuri ladang sawit dan terdapat gerai minuman pada permulaan trek. Trek lama ditutup untuk tujuan pembaikan, jadi kami melalui trek baharu yang sedikit jauh jaraknya.


Selepas melepasi pintu gerbang ini, bermulalah trek untuk ke puncak Broga yang mengambil masa 30 minit.


Semakin hampir ke puncak, trek menjadi lebih curam iaitu sebanyak 60 darjah. Kelihatan trek ini agak merbahaya juga untuk dilalui pada waktu hujan kerana ia menjadi laluan air. Kami selamat tiba di view point Broga pada jam 3.40 dan bermalam di situ.


Pada jam 6.30 pagi kami bangun untuk bersiap menuju ke Gunung Tok Wan. Kelihatan semakin ramai pengunjung membanjiri puncak untuk melihat pemandangan pagi.



Selepas bersiap kami bergerak menuju ke Gunung Tok Wan yang akan melalui puncak sebenar Broga terlebih dahulu. Agak malang juga nasib kami kerana telah tersasar jauh masuk ke ladang getah,haha..jadi kami dengan relahati berpatah balik ke puncak sebenar Broga.



Dalam gambar tu adalah trek menuju ke Gunung Tok Wan, laluannya kelihatan bersemak tapi ada 'tagging' yang diikat pada pokok berhampiran. Untuk ke puncak Tok Wan ia mengambil masa 2 jam.




Trek menuju ke puncak Tok Wan agak santai pada permulaannya,kemudian akan melalui beberapa puncak tipu menyebabkan trek menaik dan menurun sehingga tiba di Puncak Tok Wan.


Pada jam 12.30 tghhari kami tiba di puncak Gunung Tok Wan. Di puncak ini juga terdapat trek menuju ke Puncak 18, namun ia mengambil masa 2 jam untuk tiba, jadi kami sekadar berehat di puncak Tok Wan sahaja.



Selesai mentekedarah maggi dan balun ayaq kopi, kami membuta buat seketika...Pada jam 2.30 ptg kami bersiap untuk pulang. 2 jam kemudian kami tiba semula di Puncak Broga, pemandangan begitu awesome pada tengahhari kerana langit membiru dan awan gemawan berarak bagai selendang berterbangan di udara...







Kelihatan awan mulai mendung, jadi kami bergerak terus ke parkir kereta...Kelihatan ada sekumpulan pendaki yang lain turut seiring.




Sambil menyelam sambil minum air..Begitulah juga kami yang bergerak menuruni puncak Broga sambil menikmati keindahan alam. Hasrat kami ingin menjamah air kelapa di sebuah gerai berhampiran parkir, namun apa daya ia telah tutup..huhu...

Tiba di parkir kami bersiap, menukar baju dan bergerak pulang menuju destinasi masing2...sekian...

Kesimpulan pendakian Broga-Tok Wan.

Parkir ladang sawit - pintu gerbang - laluan baru bertangga - view point 1 - view point 2 - puncak Broga (400m) - Gunung Tok Wan.

Disunting oleh : Nazmi
Jurugambar     : Freddy & Mat